Monday 4 July 2011

Sijil Modular Kebangsaan

Sijil Modular Kebangsaan atau SMK adalah satu program terbaru yang telah dirangka oleh pihak Jabatan Pengajian Kolej Komuniti yang diketuai oleh Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Kolej Komuniti, Prof. Madya Kamaruddin Kassim. Program modular ini telah dirasmikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 15 Julai 2010 di Putrajaya.

Konsep Modular ialah sebagaimana berikut:

1. Program 2 tahun pengajian sepenuh masa sebelum ini telah diubah dan dipecah-pecahkan mengikut bulan berdasarkan tempoh modul yang telah dirangka.

2. Satu Modul boleh menyamai 3 bulan, 4 bulan, 5 bulan, atau 6 bulan.

3. Modul ini boleh diumpamakan sebagai FASA / SUB-TOPIK bagi sijil yang ditawarkan.

5. Setiap kali Modul ditamatkan, pelajar akan dikurniakan Sijil SMK.

6. Apabila kesemua Modul ditamatkan, dan pelajar akan mengumpul kesemua Sijil SMK, maka secara automatik Sijil-sijil SMK ini akan ditukar kepada Sijil SKK (Sijil Kolej Komuniti) DENGAN SYARAT:

a.) Kursus Wajib Kolej (KWK) diambil, dan
b.) WAJIB LULUS Bahasa Melayu (BM) SPM.

 ---> Jika pelajar GAGAL BAHASA MELAYU SPM, maka pelajar tersebut HANYA LAYAK dikurniakan Sijil SMK sahaja. Manakala pelajar berkenaan TIDAK LAYAK dikurniakan Sijil SKK kepadanya.


Dibolehkan pelajar berkenaan dikurniakan Sijil SMK walaupun GAGAL BM (SPM) adalah bukti bahawa Kerajaan Malaysia tetap memberi peluang kepada warganegara malaysia untuk BELAJAR ILMU KEMAHIRAN.


7. Pelajar modular dibenarkan untuk berhenti, atau tangguh selepas mereka mendapat mana-mana sijil SMK. Kemudian, mereka dibenarkan untuk sambung semula pada sesi kemasukan akan datang.

8. Ini menunjukkan bahawa sijil SMK adalah bukti kepada kerajaan bahawa pelajar ini pernah belajar di Kolej Komuniti, dan mereka dibenarkan untuk sambung ke peringkat-peringkat SMK yang seterusnya.

9. Manakala Sijil SKK adalah SIJIL TAULIAH yang boleh digunakan untuk mencari kerja, bekerja, ataupun peluang sambung belajar.

10. Sijil SKK pada hakikatnya adalah untuk BEKERJA, dan BUKAN untuk sambung belajar. Tetapi ia tidak bermakna pelajar yang mengambil SKK tidak boleh sambung belajar.

11. Oleh itu, setiap modul dirangka ialah mengikut silibus dan kehendak INDUSTRI.

12. Maka tidak hairanlah banyak aspek-aspek teoritikal telah dibuang dari silibus modular ini. Maka fokus pembelajaran ialah pada aspek PRAKTIKAL, TEKNIKAL, dan REALITI.


KESIMPULAN:
"Sistem Modular adalah SATU PELUANG kepada pelajar untuk terus TERJUN ke dalam BIDANG INDUSTRI"










No comments:

Post a Comment