Tuesday 26 July 2011

Lawatan Anak-anak Yatim Daerah Bentong

UNIT PENERANGAN
KOLEJ KOMUNITI BENTONG
BULAN JULAI
TAHUN 2011

Disediakan oleh:
Pegawai Penerangan
Unit Penerangan
Kolej Komuniti Bentong


Tajuk              : Lawatan Anak-anak Yatim Daerah Bentong
Anjuran          : Yayasan Kebajikan Anak-anak Yatim Malaysia (YATIM), PPD Bentong, dan Kolej Komuniti Bentong
Tempat           : Dewan Kuliah, Kolej Komuniti Bentong
Tarikh             : 26 Julai 2011
Masa              : 10.00 pagi- 1.00 tengahari


Pengenalan

Lawatan anak-anak yatim Daerah Bentong ini merupakan lawatan khusus bagi anak-anak yatim sekitar bentong bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada mereka tentang peluang-peluang kerjaya apabila tamat pengajian sekolah menengah kelak. Ia dianjurkan oleh Yayasan Kebajikan Anak-anak Yatim Malaysia (YATIM) yang berpusat di Shah Alam, PPD Bentong dan juga Kolej Komuniti Bentong. Setiap sekolah menengah terpilih sekitar Bentong diarahkan untuk membawa lebih kurang 3 hingga 4 orang anak yatim setiap sekolah dan diiringi oleh Guru Kaunselor masing-masing. Turut memantau program ini ialah Penolong Pegawai Daerah Kurikulum Bentong, Tuan Hj. Mohd Zohdi Bin Ishak (Bahagian Kemanusiaan). Lawatan ini adalah satu peluang kepada Kolej Komuniti Bentong untuk menyebarkan maklumat berkaitan Kolej Komuniti Bentong terutama berkaitan sijil dan kursus yang ditawarkan, dan juga peluang mengenali fasiliti Kolej Komuniti Bentong seperti makmal dan bengkel secara lebih dekat kepada mereka yang hadir. Wakil Kolej Komuniti Bentong yang hadir ialah Ketua Jabatan Kejuruteraan dan Kemahiran (KJKK), En. Hamid Bin Idris, Pegawai Pengambilan, En. Anas Bin Harun dan juga Pegawai Penerangan Kolej Komuniti Bentong.

Isi Kandungan:

Bermula jam 8.00 pagi, kelihatan guru dan pelajar (anak-anak yatim) sudah tiba di Kolej Komuniti Bentong. Kedatangan para pelajar dan guru adalah berperingkat sehingga jam 10.00 pagi.

Guru-guru dan anak-anak yatim yang datang awal dijemput untuk ke kantin Kolej Komuniti Bentong. Kemudian mereka dibawa ke Dewan Kuliah sambil menikmati tayangan video Program Latihan 1 Malaysia, "Elektrik 3 Fasa".

Berdasarkan rekod, anak-anak yatim ini terdiri daripada:

1. SMK Seri Pelangai
2. SMK Telemong
3. SMK Sertik
4. SMK Kuala Repas
5. SMK Bentong
6. SMK Cemomoi
7. SMK Ketari
8. SMK Karak Setia
9. SMK Felda Chemomoi
10. SMK Karak

Jumlah keseluruhan anak-anak Yatim yang hadir ialah seramai 32 orang, 10 orang guru pengiring.

Tepat jam 10.00 pagi, pengerusi majlis (Pegawai Penerangan) membuka majlis dengan mengalu-alukan kedatangan pelawat khususnya kepada anak-anak yatim, amnya kepada Penolong PPD Kurikulum Bentong, Tuan Hj. Zohdi Bin Ishak dan juga guru-guru Kaunselor yang hadir.

Kemudian majlis juga mempersilakan Ketua Jabatan Kejuruteraan dan Kemahiran (KJKK), En. Hamid Bin Idris untuk memberikan kata-kata aluannya.

Perkongsian yang amat menarik dari  En. Hamid Bin Idris sangat memberi makna dan manfaat kepada para pelawat khususnya anak-anak yatim. Secara ringkasnya beliau mengatakan, "Belajar kemahiran boleh buat duit", dan beliau turut berkongsi pengalaman dimana beliau pernah mengalami kemalangan dan hilang ingatan. Beliau hanya mampu menguasai ilmu matematik sahaja waktu itu, dan melanjutkan pelajarannya dalam bidang kemahiran, iaitu di Politeknik.

Menurut beliau, Politeknik sewaktu itu sama seperti Kolej Komuniti dimana pelajar-pelajar sekolah kurang berminat untuk memilihnya. Beliau juga mengajar ilmu matematik di tuisyen-tuisyen sehingga beliau agak dikenali di sekitar bandar Kuantan. Kemudian beliau diarahkan bertugas di Kolej Komuniti.

Selepas selesai En. Hamid Bin Idris memberi sepatah dua kata dan berkongsi pengalaman hidup, majlis diteruskan dengan ceramah dari Pegawai Pengambilan berkaitan Sijil Modular Kebangsaan dan Program Latihan 1 Malaysia.

Selepas Pegawai Penerangan memberi penerangan berkaitan Sijil Modular Kebangsaan dan Program Latihan 1 Malaysia, hadirin yang hadir terbuka kepada soal-jawab. Terdapat beberapa soalan daripada guru dan pelajar, soalan itu adalah soalan biasa yang pernah ditanya oleh pengunjung-pengunjung sebelum ini.

Selepas sesi soal jawab, Pegawai Penerangan mendapat permintaan dari En. Zaki, iaitu wakil Yayasan Kebajikan Anak-anak Yatim Malaysia (YATIM) untuk memberikan sedikit ucapan kepada anak-anak yatim yang hadir.

Secara ringkasnya En. Zaki merangkan tentang aspek motivasi kepada anak-anak Yatim dan peluang kerjaya kepada mereka.

Selepas ucapan En. Zaki, majlis mempersilakan anak-anak Yatim untuk menjamu selera seterusnya membuat lawatan ke kawasan sekitar Kolej Komuniti khususnya berkaitan fasiliti di bengkel-bengkel elektrik, pembinaan, dan juga makmal-makmal Komputer yang ada.

Lawatan berlangsung dengan lancar seterusnya sesi bergambar diadakan di depan Foyer Kolej Komuniti Bentong.

Hampir jam 1.00 tengahari, semua hadirin yang hadir pun bersurai.



Kesimpulan

Program lawatan ini berupaya memberi kesan dan keyakinan kepada minat dan kecederungan anak-anak yatim kepada Kolej Komuniti. Ini kerana apa yang didedahkan adalah berkaitan dengan kursus-kursus kemahiran dan juga peralatan-peralatan Kolej Komuniti yang boleh dikatakan agak "tidak pernah dilihat" diluar sana, khususnya peralatan Elektrik dan Pembinaan. Kolej Komuniti perlu mempergiatkan usaha menjemput persatuan-persatuan, sekolah-sekolah, agensi-agensi, orang ramai dan juga ibu bapa untuk hadir melihat sendiri fasiliti Kolej Komuniti Bentong agar mereka yakin dengan kemampuan Kolej Komuniti sebagai tempat pembelajaran sepanjang hayat.

 
Gambar sekitar aktivit:

(Klik imej untuk besarkan)
Ketua Jabatan Kejuruteraan dan Kemahiran, En. Hamid Bin Idris menyampaikan sepatah dua kata

Anak-anak Yatim yang hadir (barisan belakang) dan Penolong PPD Kurikulum Bentong, Tuan Hj. Zohdi Ishak (berbaju putih)

Kelihatan seorang Guru Kaunselor sedang mencatat sesuatu

Pegawai Penerangan memberi ceramah berkaitan Sijil Modular Kebangsaan dan Program Latihan 1 Malaysia

En. Zaki dari Yayasan Kebajikan Anak-anak Yatim Malaysia (YATIM) turut memberi celoteh motivasi kepada anak-anak yatim yang hadir

Sesi menjamu selera, ditanggung oleh pihak Kolej Komuniti Bentong



Kelihatan anak-anak Yatim menjamu selera di Kantin Kolej

Pegawai Pengambilan, En. Anas Harun mengetuai sesi lawatan ke bengkel-bengkel

Pelajar Sijil Modular Kebangsaan (SMK) Elektrik sedang membuat alur besi


Anak-anak yatim melawat bengkel elektrik di bahagian belakang Kolej

Anak-anak yatim perempuan juga turut memerhatikan pelajar SMK elektrik membuat pendawaian sesalur

Tuan Haji Zohdi Ishak sedang memerhatikan pelajar SMK Elektrik, En. Manaf, sedang membuat pendawaian sesalur. En. Manaf adalah bekas Tentera. Yang sedang tunduk ialah En. Syukri, juga bekas Tentera.

En. Anas Harun sedang memberi penerangan tentang peralatan pembinaan di Bengkel Pembinaan

Guru pengiring SMK Karak, turut bertanyakan sesuatu tentang program Pembinaan

Tuan Haji Zohdi Ishak, dan dibelakang adalah hasil Pembinaan yang telah siap dibina oleh pelajar Sijil Teknologi Pembinaan, projek tahun akhir

Anak-anak yatim bermesra-mesra dengan pelajar Sijil Modular Kebangsaan (SMK) Komputer

Kelihatan Guru Kaunselor SMK Seri Pelangai (berbaju ungu) khusyuk melihat 2 orang pelajarnya menggunakan komputer di Makmal Pemasangan Komputer

Seorang pelajar Sijil Modular Kebangsaan (SMK) Komputer (berbaju hijau). Beliau adalah bekas guru besar di sekolah rendah sekitar Bentong. Turut memberi penerangan diatas ialah Ketua Program IT, En. Fazli Khaisunizam Ismail (kanan sekali).

Lawatan ke Perpustakaan Kolej

Guru pengiring SMK Karak menyatakan kekaguman beliau tentang fasiliti yang ada di Kolej Komuniti. Beliau menyarankan supaya Kolej Komuniti meneruskan program lawatan ini dalam rangka pendedahan kepada orang awam dan masyarakat sekitar

Sesi bergambar

Ucapan terima kasih dari En. Anas Harun kepada Guru-guru Kaunselor yang hadir

No comments:

Post a Comment