UNIT PENERANGAN
KOLEJ KOMUNITI BENTONG
BULAN JULAI
TAHUN 2011
Disediakan oleh:
Pegawai Penerangan
Unit Penerangan
Kolej Komuniti Bentong
Tajuk : Karnival Kesihatan Bersama Menteri Kesihatan, YB Dato' Sri Liow Tiong Lai
Anjuran : Klinik Simpang Pelangai
Tempat : Simpang Pelangai
Tarikh : 2 Jun 2011
Masa : 8.00 pagi - 12.00 tengahari
Penganjur : Klinik Simpang Pelangai
Bilangan Peserta :
Penduduk kampung, pegawai-pegawai dari agensi kerajaan/swasta, usahawan-usahawan tempatan, dan juga Pegawai Penerangan Kolej Komuniti Bentong.
Pengenalan
Karnival Kesihatan ini dilancarkan oleh YB Menteri Kesihatan Malaysia, Dato' Sri Liow Tiong Lai bagi tujuan memberi kesedaran kepada penduduk setempat tentang pentingnya menjaga kesihatan sepanjang kehidupan seharian. Turut dihadiri oleh VIP-VIP kenamaan seperti pengarah hospital, ketua-ketua jabatan hospital dan pejabat kesihatan, penghulu, dan juga ketua-ketua kampung DUN Simpang Pelangai.
Isi Kandungan
Tepat jam 8.00 pagi pihak kolej komuniti tiba di lokasi Klinik Kesihatan Simpang Pelangai dan sebahagian agensi kerajaan dan swasta yang diberi kesempatan untuk membuka gerai pameran juga tiba disana secara beransur-ansur. Terdapat ramai pelajar-pelajar tadika dan juga kanak-kanak penduduk kampung hadir untuk pertandingan mewarna. Kelihatan juga ibubapa kanak-kanak mengiringi anak-anak mereka.
Pihak kolej komuniti terus berjalan menuju ke tempat pameran dan turut sama membuka bunting, brochure dan juga flies kolej komuniti yang terdiri daripada Sijil Modular Kebangsaan (SMK), Program Latihan 1 Malaysia, Buku catatan promosi, dan juga borang kemasukan ke kolej komuniti bentong (SMK & Latihan 1 Malaysia).
Jam 9.15 pagi, hadirin yang hadir diminta untuk menyambut kedatangan YB Menteri Kesihatan di perkarangan pintu masuk Klinik. Tepat jam 9.45 pagi, YB Menteri Kesihatan tiba di Klinik ini dan pihak pengurusan penganjur mengiringi YB Menteri menuju ke pentas utama. Ucapan alu-aluan dilakukan oleh pengerusi majlis dan diiringi dengan bacaan doa serta lagu Negaraku.
Tepat jam 10.10 pagi, YB Menteri Kesihatan menyampaikan ucaptamanya dihadapan hadirin yang hadir, dan suasana kelihatan begitu meriah kerana ia turut dihadiri oleh masyarakat yang berbilang kaum terutamanya masyarakat cina, melayu dan india.
Kolej Komuniti Bentong sempat dikerumuni oleh sebilangan pelajar sekolah rendah dan mereka amat tertarik dengan cenderamata yang kami bawa. Kami berkesempatan menerangkan sedikit sebanyak makluman berkaitan program-program yang ditawarkan oleh Kolej Komuniti Bentong.
Kuiz berkaitan program-program kolej komuniti dilakukan bagi memberi cenderamata tersebut kepada mereka sebagai menghargai minat mereka kepada cenderamata yang kami bawa. Mereka juga ditugaskan untuk menyebarkan brochure dan juga flies kolej komuniti kepada hadirin yang hadir. Kelihatan mereka sangat seronok apabila mendapat hadiah dari pihak kolej.
Pihak kami juga berkesempatan untuk mempromosikan Program Latihan 1 Malaysia kepada agensi-agensi yang hadir seperti Pejabat Kesihatan Bentong, Poliklinik Karak, Jabatan Tenaga Kerja, Bomba & Penyelamat, Orang Awam dan juga beberapa agensi lain yang hadir.
Lebih kurang jam 10.55 pagi, YB Menteri Kesihatan membuat lawatan ke gerai-gerai pameran dan jualan. Peserta yang hadir sempat bersalaman dengan YB Menteri. Kemudian lebih kurang jam 11.20pagi, YB Menteri bergerak meninggalkan majlis kerana ada urusan-urusan rasmi yang lailn.
Jam 11.30 pagi, urusan penyampaian cenderamata dilakukan bagi menghargai kedatangan peserta-peserta gerai jualan dan pameran. Tepat jam 12.00 tengahari, majlis bersurai. Terdapat lebih kurang 10 orang yang berminat untuk menghadiri Kursus Latihan 1 Malaysia.
Kesimpulan
Karnival kali ini sedikit sebanyak memberi peluang kepada pihak kolej dalam mempromosikan kolej komuniti kepada masyarakat setempat khususnya masyarakat sekitar DUN Pelangai ini. Namun sambutan agak kurang memberangsangkan kerana hadirin yang hadir kurang berjalan-jalan di kawasan gerai yang dibuka. Peserta yang berminat untuk menyertai program kolej hanya dari kalangan mereka yang bekerja dengan sektor kerajaan.
Gambar Sekitar Aktiviti:
(Klik imej untuk besarkan)
No comments:
Post a Comment