Wednesday, 20 July 2011

Pameran MySKILLs 2011 Anjuran M.I.C dan Pertubuhan Belia Bersama Menteri Sumber Manusia, YB Dato' S Subramaniam

UNIT PENERANGAN
KOLEJ KOMUNITI BENTONG
BULAN JULAI
TAHUN 2011

Disediakan oleh:
Pegawai Penerangan
Unit Penerangan
Kolej Komuniti Bentong



Tajuk             : Pameran MySKILLs 2011 Anjuran M.I.C dan Pertubuhan-pertubuhan Belia Bersama Menteri Sumber Manusia, YB Dato' S Subramaniam
Anjuran         : Jabatan Perdana Menteri, M.I.C dan Pertubuhan-pertubuhan Belia
Tempat          : Majlis Perbandaran Bentong, Pahang
Tarikh            : 16 Julai 2011
Masa              : 10.00 pagi - 6.00 petang
Penganjur    : M.I.C dan Pertubuhan-pertubuhan Belia
Bilangan Peserta    :
Peserta terdiri daripada belia-belia kaum India lebih kurang 1000 orang, pemimpin-pemimpin M.I.C Daerah Bentong,

Pengenalan
Pameran MySKILLs ini adalah bertujuan untuk menyediakan laluan kepada belia-belia kaum india yang tercicir dari arus pendidikan perdana khususnya pelajar lepasan SPM dan pelajar tanpa SPM. Mereka juga didedahkan dengan pelbagai peluang kemahiran yang boleh didapati disegenap institusi latihan kemahiran awam ((ILKA) dan swasta yang menawarkan kursus-kursus kemahiran kepada mereka. Lebih 6000 kursus percuma akan ditanggung oleh pihak Kementerian Sumber Manusia bersama M.I.C kepada belia-belia dari kaum India.

Isi Kandungan 
Jam 10.00 program bermula, belia-belia india mula memenuhi dewan dan melawat booth-booth sekitar yang sudah dibuka. Ramai juga belia-belia india bersama-sama dengan ibu bapa mereka melawat booth-booth sekitar dan booth milik Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK) yang diwakili oleh Kolej Komuniti Bentong iaitu Pegawai Penerangan  Kolej Komuniti Bentong dan staf-staf Unit Penerangan Kolej Komuniti Bentong (Cik Nur Liyana Binti Rusli dan Pn. Nazila Binti Masdor).

Brochures dan flies Kolej Komuniti Bentong, buku-buku JPKK, dan borang permohonan dimasukkan kedalam beg plastik untuk diberikan kepada pengunjung yang hadir. Borang permohonan 'terus' juga disediakan.

Belia-belia yang hadir ke booth JPKK didedahkan dengan DUA (2) program utama kolej komuniti iaitu Sijil Modular Kebangsaan (SMK) dan juga Program Latihan 1 Malaysia. Didapati mereka agak terkeliru antara kedua-dua program ini dimana mereka tidak dapat membezakan yang mana kursus pendek (Latihan 1 Malaysia) dan yang mana kursus sepenuh masa (SMK). Ia adalah berpunca dari 'nama' kursus yang ditawarkan kelihatan sama. Buktinya apabila borang diberikan, mereka akan tersalah isi maklumat antara ruang SMK dan Latihan 1 Malaysia.

Lebih kurang jam 11.45 pagi, hadirin yang hadir dihidang dengan ceramah khas dari Pasukan Petugas Khas Pelaksanaan Jawatankuasa Kabinet Masyarakat India, Jabatan Perdana Menteri, Pn. S Malar dalam bahasa Tamil. Walaupun tidak memahami bahasa tamil, tetapi didapati peserta yang hadir sangat fokus dan mendengar dengan penuh minat ceramah tersebut yang berlangsung lebih kurang 2 jam setengah. Penceramah juga menerangkan sedikit sebanyak tentang program yang ditawarkan oleh Kolej Komuniti dan menggalakkan para peserta untuk melawat booth JPKK yang diwakili oleh Kolej Komuniti Bentong.

Jam 3.14 petang, booth JPKK menerima lawatan dari ADUN Sabai dari M.I.C iaitu Dato' Davindran. Pegawai yang menjaga booth JPKK sempat bertegur sapa dan berborak tentang kursus-kursus yang ditawarkan di Kolej Komuniti Bentong. Kelihatan ADUN Sabai sangat merendah diri ketika sesi berbalas pandangan.

Jam 3.27 petang, YB Dato' S. Subramaniam, Menteri Sumber Manusia tiba di lokasi Majlis, dan lagu Negaraku didendangkan sebagai pembuka tirai. Selepas itu YB Dato' S Subramaniam dipersilakan duduk oleh AJK Program. Ucapan ringkas dirasmikan oleh YB Dato' Darindran (ADUN Sabai), dan upacaya meletakkan kalung bunga dileher pun berlangsung.

Jam 3.46 petang, YB Dato' S. Subramaniam memberikan ucapan alu-aluan seterusnya merasmikan program MySKILLs 2011 anjuran JPM, M.I.C dan pertubuhan-pertubuhan belia.

Tepat jam 4.10 petang, YB Dato' Menteri Sumber Manusia diiringi oleh pegawai-pegawai kerajaan, pemimpin M.I.C, serta pemimpin-pemimipn belia, melawat setiap booth yang ada didalam dewan. Pihak Kolej Komuniti Bentong melalui Pegawai Penerangan sempat memberikan 2 buah cendera mata kepada YB Dato' S Subramaniam dan YB Dato' Davindran. Kelihatan juga YB Dato' S Subramaniam bertanyakan sesuatu tentang Kolej Komuniti Bentong kepada Cik Nur Liyana Rusli. Gambar waktu ini sempat dirakam.

Jam 4.11 petang, booth JPKK dihujani oleh ramai peserta yang hadir khususnya belia-belia India yang berminat untuk mengikuti kursus Sijil Modular Kebangsaan dan juga Latihan 1 Malaysia.

Borang diberikan kepada peserta yang berminat dan dikumpulkan untuk direkod oleh Unit Penerangan, dan diberikan kepada Unit Pengambilan dan Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat. Terdapat lebih kurang 50 orang peserta yang berminat untuk mengikuti kursus SMK dan lebih 10 orang Latihan 1 Malaysia khususnya dari pemimpin M.I.C dan golongan bekerja.


Tepat jam 4.30 petang, YB Dato' Menteri Sumber Manusia meninggalkan dewan dan diiringi oleh pemimpin-pemimpin MIC dan pertubuhan belia.

Tepat jam 6.00 petang, majlis pun bersurai dan dewan dikosongkan.


Kesimpulan
Pameran kali ini banyak memberi kefahaman dan manfaat kepada belia-belia India yang hadir. Kelihatan mereka sangat berminat untuk menghadiri kursus-kursus di Kolej Komuniti Bentong. dan kolej komuniti seluruh malaysia yang menawarkan kursus yang mereka minati. Tindakan susulan perlu bagi memastikan warga Inida Malaysia juga dapat belajar di Kolej Komuniti Bentong dan di mana-mana kolej komuniti pilihan mereka. Pegawai bertanggungjawab perlu untuk terus berhubung dengan pihak pertubuhan politik India, sekolah-sekolah tamil, dan persatuan-persatuan belia India bagi memudahkan urusan pengambilan pelajar.

Gambar Sekitar Aktiviti:

(Klik imej untuk besarkan)

Pn. Nazila Masdor dan Cik Nur Liyana Rusli sedang menunggu kedatangan pelawat

Banner Majlis MySKILLs 2011

Pelawat pertama yang sempat dirakam
Peserta khusyuk mendengar penerangan oleh AJK Unit Penerangan KK Bentong

Keratan Akhbar dipamerkan

Keratan Akhbar berkaitan aktiviti di Kolej Komuniti Bentong

View Pameran

Pn. S. Malar, sedang berucap. Beliau merupakan Pasukan Petugas Khas Pelaksanaan Jawatankuasa Kabinet Masyarakat India, dari Jabatan Perdana Menteri

Peserta sedang khusyuk mendengar ceramah Pn. S. Malar

JPKK Kebanggaan Kolej Komuniti

Peserta bersama beg plastik dari Booth JPKK



Ceramah masih belum tamat

Kelihatan peserta perempuan beliawanis India sedang membaca keratan akhbar dan beberapa orang yang lain sedang mendegnar penerangan dan mengisi borang permohonan ke Kolej Komuniti

Kedua-dua AJK Unit Penerangan bekerja keras pada hari ini


Sempat mengambil gambar.. :)

Cara isi borang...


Dato' Davindran, ADUN Sabai sempat menjenguk booth JPKK

Berbalas pandangan bersama ADUN Sabai

Penerangan Sijil Modular Kebangsaan

Cikgu pasangan kembar dari Sekolah Menengah dari Raub bertanyakan sesuatu mewakili adiknya

Peserta khusyuk membaca borchure Latihan 1 Malaysia dan mengisi borang permohonan

Menyambut kedatangan Menteri Sumber Manusia, Dato' S. Subramaniam ke Dewan Majlis Perbandaran Bentong
Pemimpin M.I.C dan pemimpin pertubuhan belia sempat bersalaman dengan Menteri




Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis

Ucapan alu-aluan dari ADUN Sabai, Dato' Davindran

Upacara mengkalungkan bunga kepada Menteri, tradisi masyarakat India

Dato' Davindran mendapat penghormatan tersebut


Ucapan Perasmian oleh YB Dato' S Subramaniam, Menteri Sumber Manusia sempena program MySKILLs 2011 di Majlis Perbandaran Bentong

Hadirin yang hadir mendengar dengan taat

Lawatan Menteri ke Booth JPKK - Pegawai Penerangan Kolej Komuniti Bentong sempat memberi sedikit cenderamata dari Kolej Komuniti kepada YB Dato' S Subramaniam dan YB Dato' Davindran

Penuh yakin - Cik Nur Liyana Rusli memberi penerangan tentang kursus-kursus di Kolej Komuniti Bentong

Peserta mula membanjiri Booth JPKK


Ketua Pemuda M.I.C Karak sedang berceloteh di Booth JPKK



Mahu Sijil Perladangan ? Mintak maaf dik...tak ada... :) Tapi boleh apply di bawah Program Latihan 1 Malaysia ;)




Pemimpin M.I.C dari Bera turut hadir


Pemimpin M.I.C dari daerah lain berkongsi pengalaman dan berminat untuk belajar Kursus Bahasa Arab (Program Latihan 1 Malaysia)

No comments:

Post a Comment