Tuesday, 26 July 2011

Karnival Latihan 1 Malaysia Kolej Komuniti Wilayah Timur 2011

UNIT PENERANGAN
KOLEJ KOMUNITI BENTONG
BULAN JULAI
TAHUN 2011

Disediakan oleh:
Nur Liyana Binti Rusli
Penyelaras
Unit Penerangan



Tajuk              : Promosi dan Pameran Karnival Latihan 1 Malaysia Kolej Komuniti Wilayah Timur 2011
Anjuran          : Kolej Komuniti Temerloh, Jabatan Pengajian Tinggi Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan Pejabat Ahli Parlimen Temerloh
Tempat           : Padang Awam Kubang Gajah, Temerloh
Tarikh             : 15-17 Julai 2011
Masa              : 8.00 pagi- 11.00 malam


Pengenalan

Karnival Latihan 1 Malaysia Kolej Komuniti Wilayah Timur 2011 dianjurkan oleh Kolej Komuniti Temerloh dengan kerjasama Jabatan Pengajian Kolej Komuniti dan Pejabat Ahli Parilmen Temerloh adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada penduduk sekitar Temerloh mengenai program yang telah dirancang oleh Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK) iaitu Program Latihan 1 Malaysia dimana program ini juga merupakan program dari hasil dari ilham YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak khusus buat rakyat di kawasan parlimen masing-masing. Disamping itu, Unit Penerangan Kolej Komuniti Bentong telah diberi tanggungjawab untuk menjalankan aktiviti pameran dan promosi di tapak Karnival Latihan 1 Malaysia Kolej Komuniti Wilayah Timur bertempat di Kubang Gajah, Temerloh. Kakitangan yang hadir terdiri daripada semua staf Unit Penerangan, semua staf Unit Pengambilan, dan seorang wakil setiap program dari program STP dan SPP. Setiap tapak pameran dan promosi bermula seawal pukul 8 pagi dan berakhir pada pukul 5 petang sepanjang karnival. Manakala Majlis Penutup yang dirasmikan oleh YB Timbalan Menteri Pengajian Tinggi II, Dato' Saifudin Abdullah.

Isi Kandungan:

Pameran bermula pada 15 Julai 2011 bermula jam 8.00 pagi dan berakhir sehingga jam 5.00 petang. Pada tarikh 16 dan 17 Julai 2011, aktiviti pameran berjalan seperti biasa.

Program pembukaan hari pertama dirasmikan oleh ADUN Temerloh, YB En. Chuah Boon Seong. Kelihatan pegawai-pegawai besar kerajaan dari pelbagai agensi turut hadir.
Selepas majlis perasmian pembukaan dirasmikan, perasmi bersama anggota pengiring yang terdiri daripada urusetia-urusetia Karnival dan pegawai-pegawai besar agensi kerajaan melakukan lawatan ke tapak-tapak pameran, dan juga lawatan ke khemah-khemah kursus Latihan 1 Malaysia yang turut sama diadakan ditengah-tengah padang Awam Kubang Gajah.

Rata-rata pengunjung yang hadir adalah dari agensi kerajaan dan swasta. Orang ramai agak kurang pada waktu siang tetapi meriah pada waktu malam.

Acara Pertandingan Tomoi dan persembahan dikir barat diwaktu malam lebih berjaya menarik beribu-ribu orang pengunjung sepanjang malam 15 - 17 Julai 2011. 

Kemuncaknya ialah apabila Majlis Penutup yang dirasmikan oleh YB Timbalan Menteri Pengajian Tinggi II, Dato' Saifudin Abdullah. Manakala wakil dari JPKK yang turut serta bersama mengiringi majlis perasmian penutup tersebut ialah Pengarah Bahagian Penilaian dan Peperiksaan, En. Sulong Bin Yahya, dan juga Pengarah Kolej Komuniti Temerloh.

Acara kemuncak berakhir hampir lewat malam.

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, program berjalan dengan lancar dan membanggakan. Penglibatan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi sendiri dalam karnival ini menunjukkan usaha kerajaan yang berterusan dalam mempromosikan Kolej Komuniti sebagai pusat kemahiran sepanjang hayat yang perlu diberi penekanan oleh komuniti setempat. Namun, kunjungan pelawat ke pusat pameran dari wakil Kolej Komuniti Wilayah Timur amat tidak memberansangkan. Semua pihak perlu mengambil inisiatif supaya perkara seperti ini dapat dielakkan dan memikirkan strategi bagi menarik perhatian pengunjung dalam karnival seperti ini. Pameran diwaktu siang akan lebih meriah sekiranya pihak pengurusan karnival berkolaborasi dengan membawa pelajar-pelajar sekolah, pelajar-pelajar IPT dan juga orang kampung berdekatan dalam rangka memberi pendedahan kepada mereka tentang program dan aspirasi Kolej Komuniti, seterusnya memenuhi visi dan misi JPKK dan Kementerian Pengajian Tinggi.

 
Gambar sekitar aktivit:





























No comments:

Post a Comment