Tuesday, 5 July 2011

Ceramah Promosi kepada Mualaf dan Orang Asli, Dusun Eco Resort

UNIT PENERANGAN
KOLEJ KOMUNITI BENTONG
BULAN JULAI
TAHUN 2011

Disediakan oleh:
Pegawai Penerangan
Unit Penerangan
Kolej Komuniti Bentong


Tajuk             : Ceramah Peluang dan Ruang Untuk Kemahiran Serta Pendekatan Diri
Anjuran         : Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang
Tempat          : Dusun Eco Resort Bentong
Tarikh            : 3 Julai 2011
Masa              : 10.15 pagi - 11.15 pagi
Penganjur    : Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang
Bilangan Peserta    :
Peserta seramai 54 orang terdiri daripada pelajar-pelajar SMK Karak dari kalangan Orang-orang Asli Mualaf, Orang-orang Asli, beberapa pelajar Melayu, kakitangan MUIP, dan Pegawai Penerangan Kolej Komuniti Bentong.

Pengenalan
Ceramah Promosi ini adalah bertujuan untuk mendedahkan para pelajar tentang ruang dan peluang kemahiran yang ditawarkan oleh Kolej Komuniti Bentong, amnya kepada warganegara Malaysia dan khususnya kepada masyarakat Bentong. Ceramah ini merangkumi kefahaman tentang konsep Sijil Modular Kebangsaan, dan Program Latihan 1 Malaysia.

Isi Kandungan
Tepat jam 10.15 pagi, pelajar-pelajar yang hadir mula memasuki dewan ceramah selepas selesai jamuan ringan. Pihak kolej dijemput untuk sama-sama berjalan ke dewan ceramah bersebelahan pejabat Dusun Eco Resort.

Pengerusi majlis menyampaikan kata alu-aluan seterusnya menjemput Pegawai Penerangan untuk menyampaikan ceramah berkaitan program-program yang ditawarkan oleh Kolej Komuniti Bentong.

Lebih kurang jam 10.45 pagi, ceramah berlangsung. Peserta yang hadir telah teruja untuk berinteraksi dengan Pegawai Penerangan selaku penceramah secara langsung setelah sesi suai kenal berlangsung. Mereka banyak memberi reaksi apabila sering diajukan dengan pertanyaan spontan terutama berkaitan  aspek motivasi diri.

Sebaik sahaja mendapati diri mereka termotivasi, Pegawai Penerangan mengambil peluang ini untuk memfokuskan minda mereka kepada program Sijil Modular Kebangsaan. Terutamanya berkaitan konsep, peluang belajar, sijil-sijil yang ditawarkan, syarat kemasukan, yuran, pengangkutan, penginapan, dan sebagainya.

Kuiz dan soalan cepu emas juga dilontarkan oleh penceramah kolej bagi memastikan mereka tidak leka. Didapati mereka sangat berminat dengan selingan yang diberikan, dan amat menghargai pujian. Khususnya orang-orang Asli. Peserta Orang Asli yang paling tua adalah berumur lingkungan 35 tahun.

Seterusnya ceramah juga memberi penerangan berkaitan Program Latihan 1 Malaysia, syarat-syarat kemasukan, yuran, jenis-jenis kursus yang ditawarkan, masalah pengangkutan dan peralatan, dan sebagainya.

Mereka juga diterangkan tentang aspek kepimpinan, konsep khatib dan makmum, konsep zakat, dan sebagainya sebagai selingan motivasi kendiri.

Penceramah juga membuka kepada sebarang pertanyaan. Beberapa pertanyaan telah dilontarkan dan dijawab oleh penceramah contohnya berkaitan dengan "Bahasa Orang Asli" dalam Program 1 Malaysia. Tepat jam 11.18 pagi, ceramah pun berakhir.
Kesimpulan
Ceramah kali ini banyak memberi kefahaman dan manfaat kepada orang-orang Asli. Kelihatan mereka sangat berminat untuk menghadiri kursus-kursus di Kolej Komuniti Bentong. Tindakan susulan perlu bagi memastikan orang Asli juga dapat belajar di Kolej Komuniti Bentong. Pegawai bertanggungjawab perlu menghubungi Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) bagi memudahkan urusan.

Gambar Sekitar Aktiviti:
















No comments:

Post a Comment