UNIT PENERANGAN
KOLEJ KOMUNITI BENTONG
BULAN JULAI
TAHUN 2011
Disediakan oleh:
Pegawai Penerangan
Unit Penerangan
Kolej Komuniti Bentong
Keinsafan
Sungguh mengharukan ! Hari ini, 5 Julai 2011, lebih kurang jam 7.40 pagi sewaktu staf-staf Kolej Komuniti Bentong mula tiba di kolej secara beransur-ansur, kelihatan seorang lelaki muda bersama kedua orang tuanya sedang menunggu proses pendaftaran yang dijadualkan bermula pada jam 8.00 pagi hari ini
Berdasarkan temuramah didapati mereka sudah berada di kolej seawal jam 5.00 pagi lagi. Katanya mereka bertolak dari Batu Gajah, Perak pada malam semalam dengan menaiki Bas Ekspress. Disini hampir seratus ringgit dibelanjakan untuk harga tiket. Kemudian mereka sampai di Stesyen Bas di Bandar Bentong pagi tadi lebih kurang pukul 3 pagi. Seterusnya mereka terpaksa menaiki teksi dari Bandar Bentong dengan bayaran RM30.00 untuk sampai ke Karak, tempat terletaknya Kolej Komuniti Bentong. Itulah harga sebuah pengorbanan kedua ibu bapa.
Jelas kita boleh menilai kesungguhan dan susah-payah ibu bapa pelajar tersebut tanpa mengira penat dan lelah semata-mata ingin memastikan anaknya melanjutkan pelajaran demi mengubah masa depan yang lebih baik. Didapati juga ibunya tertahan rasa lapar sehingga tamat pendaftaran.
Khabarnya, kesusahan yang terpaksa diharungi oleh ibu bapanya menjadi sumber inspirasi untuk anaknya lebih berjaya.
Seharusnya pelajar berkenaan wajar membayar usaha ibu bapanya dengan membawa pulang sebuah kejayaan apabila tamat pengajian kelak. Perjuangan itu seharusnya seiring dengan tekad dan semangat, serta minda yang positif dalam mengharungi apa juga dugaan dan cabaran demi menempa sebuah kejayaan.
Walaubagaimanapun, pelajar ini bermohon untuk bertukar ke Kolej Komuniti Sungai Siput, Perak berikutan jarak tempat tinggalnya dari Kolej Komuniti Bentong agak jauh. Pelajar berkenaan berminat dalam bidang Teknologi Maklumat dan Animasi.
Pendaftaran Berlangsung
Jam 8.00 pagi, ibu bapa dan pelajar mula tiba beransur-ansur di Kolej Komuniti Bentong dan berkumpul di depan Dewan Bilik Seminar berdekatan Foyer Kolej Komuniti Bentong.
Tepat jam 8.30 pagi, pendaftaran berlangsung. Ibu bapa dijemput hadir ke dalam Dewan Bilik Seminar sementara menunggu anak-anak mereka selesai melakukan proses pendaftaran. Proses pendaftaran berjalan dengan lancar dan teratur tanpa sebarang kesulitan yang tidak diingini.
Terdapat beberapa kaunter yang dibuka antaranya ialah kaunter pendaftaran onilne, kaunter yuran, kaunter kad matrik, kaunter rumah sewa, kaunter pengangkutan dan beberapa kaunter dibuka. Kaunter-kaunter ini bertujuan untuk memudahkan urusan pendaftaran, urusan penginapan, urusan kewangan, urusan pengangkutan, dan sebagainya sepanjang pelajar berada di Kolej Komuniti Bentong.
Kaunter-kaunter ini dapat diurus dengan baik oleh staf-staf Kolej Komuniti Bentong yang terdiri daripada staf-staf pentadbiran dan juga staf-staf akademik.
Dalam pada itu, Pegawai Pengambilan Kolej Komuniti Bentong, En. Anas Harun telah menyampaikan sedikit taklimat kepada para ibu bapa dan pelajar berkaitan penginapan rumah sewa, dan juga pengangkutan. Tidak kurang juga ada juga sedikit sebanyak persoalan yang dikemukakan oleh ibu bapa dapat dijawab oleh En. Anas Harun dengan jaya sekali.
Berdasarkan rekod, seramai 91 orang berdaftar di Kolej Komuniti Bentong sehingga jam 1.00 tengahari ini dan 11 orang berdaftar di Kolej Komuniti Cawangan Raub. Antara sijil yang ditawarkan pada sesi Julai 2011 ini ialah Sijil Pemasangan Elektrik, Sijil Aplikasi Perisian Komputer, Sijil Pengoperasian Perniagaan, Sijil Pengkeranian Akaun, dan juga Sijil Fesyen dan Pakaian (Kolej Komuniti Cawangan Raub).
Kesemua sijil yang ditawarkan adalah berkonsepkan Modular iaitu pelajar perlu belajar secara jangka pendek mengikut tempoh yang telah ditetapkan bagi setiap modul iaitu antara 3 hingga 6 bulan sehingga tamat 2 tahun pengajian.
Gambar sekitar aktiviti
(Klik imej untuk besarkan)
Ibu bapa yang menunggu diluar Dewan |
Pelajar sedang mendaftar |
Cik Shamila Devi dan Pn. Amalina Musa sedang mengakses pendaftaran 'Online' |
Ceria menanti kedatangan pelajar baru |
Pelajar mula bersesak-sesak masuk ke Dewan |
En. Anas Harun sedang memberi taklimat kepada ibu bapa dan pelajar |
Ibu bapa khusyuk mendengar taklimat |
Taklimat rumah sewa diterangkan kepada ibu bapa dan pelajar |
En. Fazli Khaisunizam Ismail juga khusyuk mendengar taklimat |
Suasana sekitar kaunter pendaftaran |
Uncle Kumar, pemandu bas persendirian bersedia menguruskan hal ehwal pengangkutan pelajar dengan bayaran RM45 sebulan |
En. Hisyam Mayidin dan En. Idi Nur khusyuk memberi penerangan kepada ibu bapa dan pelajar |
Pelajar dan ibu bapa berkumpul di Kaunter Rumah Sewa |
Pelajar senior juga turut hadir |
Pelajar baru bermuafakat untuk menyewa rumah sewa yang sama |
No comments:
Post a Comment