Tuesday 26 July 2011

Ceramah Promosi di SMK Karak Setia

UNIT PENERANGAN
KOLEJ KOMUNITI BENTONG
BULAN JULAI
TAHUN 2011

Disediakan oleh:
Pn. Nazila Binti Masdor
Penyelaras
Unit Penerangan


Tajuk             : Ceramah Promosi di SMK Karak Setia
Anjuran         : Kolej Komuniti Bentong
Tempat          : Tapak Perhimpunan, SMK Karak Setia
Tarikh            : 11 Julai 2011
Masa              : 8.30 pagi - 8.50 pagi
Penganjur    : Kolej Komuniti Bentong
Bilangan Peserta    :
Peserta terdiri daripada pelajar sekolah SMK Karak Setia, Guru-guru serta staf-staf pentadbiran.

Pengenalan
Ceramah Promosi ini dilakukan bagi menyebarkan maklumat Kolej Komuniti Bentong berkaitan program Sijil Modular Kebangsaan dan Program Latihan 1 Malaysia. Ceramah ini diadakan di slot perhimpunan sekolah dimana ia telah mendapat kebenaran dari pihak sekolah.

Isi Kandungan 

Pada 11 Julai 2011 (Isnin), satu sesi ceramah promosi dalam slot perhimpunan sekolah telah diadakan di SMK Karak Setia, Karak bertujuan untuk memberi pendedahan kepada warga sekolah terutamanya para pelajar dan guru berkaitan program-program yang ditawarkan oleh Kolej Komuniti Bentong khususnya program Sijil Modular Kebangsaan dan Program Latihan 1 Malaysia. Sesi ceramah ini telah disampaikan oleh pegawai Unit Penerangan di hadapan 200 orang pelajar dan semua guru yang hadir di sesi perhimpunan tersebut. Program ini turut disertai oleh 2 orang penyelaras Unit Penerangan iaitu Cik Nur Liyana Binti Rusli dan Pn. Nazila Binti Masdor. Pihak pengurusan SMK Karak Setia sangat berbesar hati dengan sesi ceramah dari Kolej Komuniti Bentong ini dan berharap agar pihak sekolah dan kolej dapat bekerjasama dalam program yang berkaitan di masa akan datang. Diharapkan agar usaha yang dijalankan oleh Unit Penerangan dalam mempromosikan kolej komuniti sebagai pusat pembelajaran sepanjang hayat kepada masyarakat setempat ini mendapat maklum balas dan sambutan yang menggalakkan daripada semua pihak.






Kesimpulan
Sambutan agak menggalakkan dari semua pihak termasuk pelajar dan guru, namun terdapat sedikit kelemahan menyebabkan mementum ceramah di tapak perhimpunan kelihatan kurang berkesan kerana kurang mendapat perhatian para pelajar sesama sesi ceramah berlangsung. Ini berpunca dari kawasan yang agak luas, dan pelajar yang agak ramai sehingga memberi peluang dan ruang kepada mereka berbicara dan berborak sesama sendiri tanpa mempedulikan penceramah dihadapan. Cadangan untuk sesi promosi akan datang pihak Unit Penerangan perlu membuka booth di kantin-kantin sekolah dan juga meminta jasa baik kaunselor untuk mengadakan slot ceramah khusus kepada pelajar sasaran contohnya untuk Sijil Modular Kebangsaan kepada pelajar tingkatan 4 dan 5. Manakala program Latihan 1 Malaysia dapat dihebahkan kepada guru-guru melalui kaunselor yang dihubungi, atau pengedaran flies secara terus kepada guru-guru ke bilik-bilik guru dan bilik pentadbiran (dengan kebenaran pihak sekolah).

Gambar Sekitar Aktiviti:
(Klik imej untuk besarkan) 



p/s: Gambar diatas diambil dari blog http://mohdanismahmud.wordpress.com/ 


No comments:

Post a Comment