UNIT PENERANGAN
KOLEJ KOMUNITI BENTONG
BULAN JULAI
TAHUN 2011
Tajuk : Karnival Pemimpin Bersama Masyarakat DUN Pelangai Dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Dr Hj. Adnan Bin Hj. Yaakob
Anjuran : Pemuda UMNO Bentong
Tempat : Padang SMK Seri Pelangai, DUN Pelangai, Bentong
Tarikh : 23 dan 24 Julai 2011
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Penganjur : Pemuda UMNO Bentong
Bilangan Peserta :
Peserta terdiri daripada masyarakat setempat yang terdiri daripada kanak-kanak, pelajar sekolah, belia-belia, orang tua, dan pemimpin-pemimpin belia.
Pengenalan
Karnival Pemimpin Bersama Masyarakat ini adalah bertujuan untuk melaksanakan agenda kerajaan iaitu program turun padang yang sudah lama menjadi tradisi pemimpin di kawasan ini. Karnival ini juga dalam masa yang sama turut meraikan sempena 25 tahun YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Dr Hj. Adnan Bin Hj. Yaakob sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai.
Isi Kandungan
Pada 23 Julai 2011, jam 8.00 pagi, Kolej Komuniti Bentong telah sampai dan membuka booth Kolej di kawasan padang SMK Simpang Pelangai. Kelihatan para peserta pameran daripada pelbagai agensi kerajaan, agensi swasta dan juga usahawan tempatan.
Pelbagai flies dan brochure disediakan sempena pameran kali ini. Sambutan dari masyarakat agak menggalakkan dimana booth Kolej Komuniti Bentong banyak dikunjungi oleh pelajar-pelajar sekolah SMK Seri Pelangai, orang kampung, dan juga guru-guru.
Jam 11.00 pagi, acara peragaan fesyen pakaian oleh penduduk setempat. Terdapat juri yang mengadili program ini. Kelihatan sangat meriah dan mendapat sambutan daripada hadirin yang hadir.
Tepat jam 12.55 tengari, booth Kolej Komuniti Bentong telah dikunjungi oleh Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bentong, merangkap Pengarah Jawatankuasa Festival Pemimpin Bersama Masyarakat, En. Johari Bin Harun. Turut serta disitu ialah Penghulu Mukim Pelangai, En. Nasarudin Bin Ahmad, merangkap Penyelaras Karnival dan juga Kaunselor SMK Seri Pelangai, En. Abdul Karim.
Jam 3.00 petang, aktiviti sukaneka seperti acara mangkat botol pakai paku, pecah belon dan sebagainya berlangsung di padang pameran.
Program sepanjang 23 Julai 2011 ini berlangsung sehingga malam. Pada siangnya aktiviti karaoke diadakan dan disertai oleh ramai belia dan orang tua. Manakala pada jam 5.00 petang, masing-masing peserta pameran beransur pulang.
Pada 24 Julai 2011, jam 8.00 pagi Kolej Komuniti sekali lagi membuka booth untuk hari yang kedua. Ramai pelajar SMK Seri Pelangai turut berkunjung disini sekali lagi. Terdapat juga ibu bapa pelajar berkenaan yang berminat untuk berkursus di Kolej Komuniti Bentong terutama sekali program Latihan 1 Malaysia, Kursus Biskut Raya.
Jam 9.00 pagi, acara sukaneka futsal kanak-kanak perempuan diadakan. Sambutan sangat meriah.
Jam 10.00 pagi MB dimaklumkan akan tiba pada jam 4.00 petang. Pengunjung masih menunggu kedatangan MB dengan tenang dan sabar sambil menikmati pelbagai pameran dan aktiviti disekitar. Terdapat juga permainan pertandingan lawan congkak antara belia-belia dan orang-orang tua di kampung sekitar.
Tepat jam 10.37 pagi, booth Kolej Komuniti Bentong sempat dikunjungi oleh YAB Menteri Kesihatan Malaysia, YB Dato’ Sri Liow Tiong Lai. Sesi bergambar Pegawai Penerangan Kolej Komuniti Bentong bersama YB Dato’ Liow Tiong Lain dan para pengunjung yang lain sempat dirakam.
Pertandingan karaoke juga turut disambung pada hari ini. Petangnya pula aktiviti cabutan bertuah turut berlangsung.
Pada sebelah petangnya, terdapat aktiviti panjat tiang licin yang melibatkan beberapa orang peserta lelaki. Tepat jam 6.10 petang, YAB MB Pahang tiba di kawasan Karnival dan disambut oleh YAB Menteri Kesihatan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Bentong, YB Dato’ Sri Liow Tiong Lai.
YAB MB Sempat menyaksikan pertandingan panjat tiang licin, kemudian beliau dibawa ke pentas untuk ke kemuncak aturcara. Turut terlibat disitu ialah Pegawai Daerah Bentong, Dato’ Toantowee Ahmad Lutfi, Pegawai Polis Daerah Bentong, serta Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bentong, En. Johari Bin Harun.
Ucapan alu-aluan oleh pengerusi majlis seterusnya ucapan penghargaan oleh En. Johari Bin Harun dan YB Dato’ Sri Liow Tiong Lai. Kemudian Karnival dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Dr Hj. Adnan Bin Hj. Yaakob. Beliau sempat memohon maaf kepada hadirin yang hadir disebabkan oleh kelewatan akibat daripada jadual beliau yang terlalu padat pada hari tersebut.
Tepat jam 7.10 petang, YAB MB sempat bermain futsal bersama penduduk kampung dan menyaksikan acara menangkap ayam oleh pengunjung yang hadir.
Maghrib menjelma, semua bersurai.
Kesimpulan
Sambutan pengunjung ke booth Kolej Komuniti Bentong amat menggalakkan dalam mendedahkan para pengunjung kepada program Modular Kebangsaan dan Latihan 1 Malaysia. Tayangan video projektor berkisarkan kursus di bengkel elektrik juga menarik minat sedikit sebanyak peminat bidang elektrik untuk mengetahui kursus-kursus yang ditawarkan oleh Kolej Komuniti Bentong. Begitu juga tayangan peralatan pembinaan. Kebanyakan pengunjung hadir bersama ibu bapa dalam bertanyakan kursus-kursus tertentu. Maka pihak Kolej perlu berhubung dengan pihak sekolah bagi berhubung terus dengan ibu bapa dalam taklimat PIBG setiap sekolah.
Gambar Sekitar Aktiviti:
(Klik imej untuk besarkan)
No comments:
Post a Comment