Tuesday 31 July 2012

Program Duta Kampung 2012 Fasa-1

LAPORAN AKTIVITI
UNIT PENERANGAN
KOLEJ KOMUNITI BENTONG
18 & 19 JULAI 2012

Tajuk                          : Program Duta Kampung 2012
Anjuran                      : Unit Penerangan & Unit Pengambilan
Tempat                        : Mukim Sabai, Mukim Bentong, Mukim Pelangai
Tarikh                          : 18 & 19 Julai 2012
Masa                           : 9.00 am – 5.00 am
Bilangan Peserta       : 25 orang pensyarah pengiring
                                     

Jadual Pergerakan    :

9.00 pagi   : Bertolak dari Kolej Komuniti Bentong 

10.00 pagi : Tiba di destinasi masing-masing (mengikut Mukim)

                  : Sesi perjumpaan dengan Ketua-ketua kampung, pengedaran
                    flyers, brochure, dan  tampal poster di kawasan strategik 

4.30 tghari: Bertolak balik ke Kolej Komuniri Bentong



PENGENALAN

Program Duta Kampung 2012 bertujuan untuk meningkatkan pengambilan pelajar dan meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap kewujudan Kolej Komuniti Bentong. Terdapat 3 objektif utama program ini antaranya ialah untuk menghebahkan program yang ditawarkan oleh Kolej Komuniti Bentong, untuk meningkatkan jumlah peserta kursus pendek dan kursus sepenuh masa, dan untuk mengeratkan hubungan antara Kolej Komuniti Bentong dengan masyarakat setempat. Program ini melibatkan kerjasama seramai 25 pensyarah untuk menjayakannya. Kesemua pensyarah dibahagikan kepada 6 kumpulan, dan keenam-enam kumpulan ini dibahagi pula kepada 3 mukim. Bermaksud dua kumpulan pensyarah bergerak secara berasingan dalam satu-satu mukim. Setiap mukim pula ditetapkan kampung-kampung yang perlu mereka lawati (turut disertakan juga nombor telefon bagi setiap ketua kampung). Kerjasama ini melibatkan usahasama antara Unit Penerangan, Unit Pengambilan dan juga Ketua-ketua Program.
 
ISI KANDUNGAN

                Lebih kurang jam 8.30 pagi (18 Julai 2012), kesemua pensyarah terlibat diberi poster kemasukan bagi pelajar Modular Sijil Teknologi Pembinaan untuk diedarkan ke kampung-kampung. Sesi bergambar sempat dilakukan sebelum  para petugas bergerak keluar dari kawasan kolej.

            Setibanya mereka di kawasan mukim masing-masing, rombongan yang terlibat telah menghubungi ketua-ketua kampung untuk mengadakan pertemuan ringkas. Dalam pada itu, para pensyarah juga sempat menampal poster ditempat-tempat strategik bagi pengambilan pelajar Sijil Teknologi Pembinaan.

            Perjumpaan antara ketua kampung dan pensyarah, serta proses pengagihan poster fliyers dan brochure mengambil masa yang agak lama iaitu dari pagi sampai ke petang. Justeru itu, ada sebahagian kumpulan memfokuskan kepada penyebaran poster di kawasan-kawasan tertentu. 

            Kumpulan yang bergerak mendapat maklum balas yang positif dari ketua-ketua kampung dan orang ramai. Namun, ketua kampung tidak dapat memberi jaminan untuk membawa pelajar berdaftar ke Kolej Komuniti Bentong. Bagi pihak Kolej pula, pertemuan ini agak baik kerana ia boleh membuka satu lagi ruang dan hubungan yang lebih erat untuk pertemuan-pertemuan yang akan datang.

            Manakala di Felda Mempaga pula (19 Julai 2012), pihak pengurusan Felda Wilayah Mempaga, Bentong, telah membawa lebih kurang 10 orang pelajar lepasan SPM dari pelbagai daerah untuk hadir bersama sesi penerangan bersama Unit Pengambilan yang diketuai oleh Pegawai Pengambilan, En. Fazli Khaisunizam Ismail. Disini, maklum balas dari pelajar lepasan SPM ini amat menggalakkan. Kebanyakannya disarankan untuk berdaftar di Kolej Komuniti pada Januari 2013 akan datang.

Sebaran poster turut diadakan di sekitar Felda Mempaga 1, 2 dan 3. Lebih kurang jam 4.30 petang, rombongan pensyarah yang bergerak beransur-ansur pulang.

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, rombongan pensyarah ke kampung-kampung memberi kesan hubungan yang lebih baik antara kolej dan kampung. Namun begitu, proses untuk mendapatkan pelajar secara berimpak besar tidak mampu dicapai kerana terdapat kekangan-kekangan tertentu seperti ketidak-kemampuan ketua kampung untuk memastikan belia-belia yang disasarkan untuk berdaftar di kolej komuniti. Bagi membantu proses itu supaya lebih menarik minat belia dan ada impak, Unit Penerangan bercadang untuk membawa belia-belia dari kampung-kampung untuk datang melawat ke Kolej Komuniti Bentong suatu hari nanti disamping boleh juga diadakan bengkel-bengkel atau kursus keusahawanan mahupun motivasi. Bagi memudahkan urusan ini, pihak Kolej Komuniti Bentong perlu berkolaborasi dengan Pejabat Daerah dan Tanah Bentong (kerana urusan ketua kampung dan penghulu dibawah jagaan Pegawai Daerah).

GAMBAR SEKITAR AKTIVITI

































No comments:

Post a Comment