Monday 2 July 2012

Pameran di Program Gerak Mesra Kg. Janda Baik 2012 anjuran Pejabat Menteri Besar Pahang dan JASA Pahang

FORMAT LAPORAN AKTIVITI DWI-BULANAN
KOLEJ KOMUNITI BENTONG
BULAN JUN
TAHUN 2012

Disediakan oleh:
Pegawai Penerangan

Kolej Komuniti Bentong telah mendapat jemputan dari Pejabat Daerah dan Tanah Bentong untuk membuka satu tapak pameran di Kg. Janda Baik sempena Program Gerak Mesra Kg. Janda Baik Tahun 2012 yang dianjurkan oleh Pejabat Menteri Besar Pahang dan Hal Ehwal Khas (JASA) Negeri Pahang pada 29 Jun 2012 lalu.

Unit Penerangan telah mengambil tanggungjawab ini untuk hadir ke program ini untuk mempromosikan Kolej Komuniti Bentong kepada masyarkat Kg. Janda Baik.

Program ini bertujuan untuk mendekatkan pemimpin dan juga masyarkat setempat dalam masa yang saya menyediakan khidmat, ruang dan peluang kepada masyarakat untuk bersama-sama dengan agensi-agensi yang turut hadir pada program berkenaan. Terdapat lebih daripada sepuluh agensi yang hadir.

Peluang yang ada ini digunakan sebaiknya oleh Kolej Komuniti Bentong dan juga Kolej Komuniti Cawangan Raub untuk menerangkan seberapa banyak mungkin perkara yang berkaitan dengan Kolej Komuniti termasuk Program Modular dan Kursus Pendek.

Perasmi program ini adalah YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Hj Adnan Hj Yaakob, tiba sebelum solat jumaat bermula.

YAB Menteri Besar memulakan lawatan beliau dengan lawatan ke tapak-tapak pameran Polis, Bomba,  Pejabat Kesihatan, JKM Bentong dan lain-lain seterusnya Kolej Komuniti Bentong dan Raub.

Tepat jam 1.15 tengahari orang ramai berpusu-pusu masuk ke Masjid Kg. Janda Baik untuk menunaikan solat jumaat.

Setelah selesai solat jumaat, orang ramai dijemput untuk makan bersama-sama dengan YAB Menteri Besar dan gerak kerja pameran berjalan seperti biasa.

Tepat jam 4.00 petang, Kolej Komuniti Bentong berangkat pulang.

Gambar aktiviti:




No comments:

Post a Comment