Tuesday, 31 July 2012

Program Duta Kampung 2012 Fasa-1

LAPORAN AKTIVITI
UNIT PENERANGAN
KOLEJ KOMUNITI BENTONG
18 & 19 JULAI 2012

Tajuk                          : Program Duta Kampung 2012
Anjuran                      : Unit Penerangan & Unit Pengambilan
Tempat                        : Mukim Sabai, Mukim Bentong, Mukim Pelangai
Tarikh                          : 18 & 19 Julai 2012
Masa                           : 9.00 am – 5.00 am
Bilangan Peserta       : 25 orang pensyarah pengiring
                                     

Jadual Pergerakan    :

9.00 pagi   : Bertolak dari Kolej Komuniti Bentong 

10.00 pagi : Tiba di destinasi masing-masing (mengikut Mukim)

                  : Sesi perjumpaan dengan Ketua-ketua kampung, pengedaran
                    flyers, brochure, dan  tampal poster di kawasan strategik 

4.30 tghari: Bertolak balik ke Kolej Komuniri Bentong



PENGENALAN

Program Duta Kampung 2012 bertujuan untuk meningkatkan pengambilan pelajar dan meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap kewujudan Kolej Komuniti Bentong. Terdapat 3 objektif utama program ini antaranya ialah untuk menghebahkan program yang ditawarkan oleh Kolej Komuniti Bentong, untuk meningkatkan jumlah peserta kursus pendek dan kursus sepenuh masa, dan untuk mengeratkan hubungan antara Kolej Komuniti Bentong dengan masyarakat setempat. Program ini melibatkan kerjasama seramai 25 pensyarah untuk menjayakannya. Kesemua pensyarah dibahagikan kepada 6 kumpulan, dan keenam-enam kumpulan ini dibahagi pula kepada 3 mukim. Bermaksud dua kumpulan pensyarah bergerak secara berasingan dalam satu-satu mukim. Setiap mukim pula ditetapkan kampung-kampung yang perlu mereka lawati (turut disertakan juga nombor telefon bagi setiap ketua kampung). Kerjasama ini melibatkan usahasama antara Unit Penerangan, Unit Pengambilan dan juga Ketua-ketua Program.
 
ISI KANDUNGAN

                Lebih kurang jam 8.30 pagi (18 Julai 2012), kesemua pensyarah terlibat diberi poster kemasukan bagi pelajar Modular Sijil Teknologi Pembinaan untuk diedarkan ke kampung-kampung. Sesi bergambar sempat dilakukan sebelum  para petugas bergerak keluar dari kawasan kolej.

            Setibanya mereka di kawasan mukim masing-masing, rombongan yang terlibat telah menghubungi ketua-ketua kampung untuk mengadakan pertemuan ringkas. Dalam pada itu, para pensyarah juga sempat menampal poster ditempat-tempat strategik bagi pengambilan pelajar Sijil Teknologi Pembinaan.

            Perjumpaan antara ketua kampung dan pensyarah, serta proses pengagihan poster fliyers dan brochure mengambil masa yang agak lama iaitu dari pagi sampai ke petang. Justeru itu, ada sebahagian kumpulan memfokuskan kepada penyebaran poster di kawasan-kawasan tertentu. 

            Kumpulan yang bergerak mendapat maklum balas yang positif dari ketua-ketua kampung dan orang ramai. Namun, ketua kampung tidak dapat memberi jaminan untuk membawa pelajar berdaftar ke Kolej Komuniti Bentong. Bagi pihak Kolej pula, pertemuan ini agak baik kerana ia boleh membuka satu lagi ruang dan hubungan yang lebih erat untuk pertemuan-pertemuan yang akan datang.

            Manakala di Felda Mempaga pula (19 Julai 2012), pihak pengurusan Felda Wilayah Mempaga, Bentong, telah membawa lebih kurang 10 orang pelajar lepasan SPM dari pelbagai daerah untuk hadir bersama sesi penerangan bersama Unit Pengambilan yang diketuai oleh Pegawai Pengambilan, En. Fazli Khaisunizam Ismail. Disini, maklum balas dari pelajar lepasan SPM ini amat menggalakkan. Kebanyakannya disarankan untuk berdaftar di Kolej Komuniti pada Januari 2013 akan datang.

Sebaran poster turut diadakan di sekitar Felda Mempaga 1, 2 dan 3. Lebih kurang jam 4.30 petang, rombongan pensyarah yang bergerak beransur-ansur pulang.

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, rombongan pensyarah ke kampung-kampung memberi kesan hubungan yang lebih baik antara kolej dan kampung. Namun begitu, proses untuk mendapatkan pelajar secara berimpak besar tidak mampu dicapai kerana terdapat kekangan-kekangan tertentu seperti ketidak-kemampuan ketua kampung untuk memastikan belia-belia yang disasarkan untuk berdaftar di kolej komuniti. Bagi membantu proses itu supaya lebih menarik minat belia dan ada impak, Unit Penerangan bercadang untuk membawa belia-belia dari kampung-kampung untuk datang melawat ke Kolej Komuniti Bentong suatu hari nanti disamping boleh juga diadakan bengkel-bengkel atau kursus keusahawanan mahupun motivasi. Bagi memudahkan urusan ini, pihak Kolej Komuniti Bentong perlu berkolaborasi dengan Pejabat Daerah dan Tanah Bentong (kerana urusan ketua kampung dan penghulu dibawah jagaan Pegawai Daerah).

GAMBAR SEKITAR AKTIVITI

































Keratan Akhbar - Scanned

Konvokesyen Wilayah Timur 2012

 
 (kelik imej untuk besarkannya)

Sinar Harian:  14 Mei 2012


Kolej Komuniti Tawar Kursus Jangka Pendek

 (kelik imej untuk besarkannya)

Sinar Harian: 6 Mei 2012


Tarian Klasik India

 (kelik imej untuk besarkannya)

Utusan Malaysia:  5 Disember 2011

Program Singgah Sahur

(kelik imej untuk besarkannya)

Sinar Harian: 18 Ogos 2011


Program Jom Masuk Kampung

 (kelik imej untuk besarkannya)

Sinar Harian: 5 Ogos 2011


Monday, 30 July 2012

Laporan Kaji Selidik Bulan Julai 2012


LAPORAN AKTIVITI
UNIT PENERANGAN
KOLEJ KOMUNITI BENTONG
11 JULAI 2012

Disediakan oleh:
Pegawai Penerangan


Tajuk                                     : Laporan Kaji Selidik Maklum Balas Pelanggan
Anjuran                                 : Unit Penerangan
Tempat                                 : Dewan Kuliah, Kolej Komuniti Bentong
Tarikh                                   : 11 Julai 2012
Masa                                    : 3.00 petang
Bilangan Peserta                 : 137 orang peserta
                                                 

Jadual Pergerakan           : Tiada

PENGENALAN

Kajian maklum balas pelanggan adalah penting bagi memastikan keperluan dan kekurangan kolej komuniti setempat dapat dikesan melalui kaji selidik yang dilakukan. Kajian ini merupakan salah satu dari bidang utama Pegawai Khidmat Pelanggan (sekarang: Pegawai Penerangan).

ISI KANDUNGAN

                Unit Penerangan telah mengambil kesempatan yang baik sempena perhimpunan pelajar bagi  mendapatkan maklum balas secara terus dari pelajar yang terlibat. Pihak penganjur dari Unit Hal Ehwal Pelajar telah memberi kerjasama yang amat baik bagi memastikan pelajar yang hadir dapat mengisi borang maklum balas (kaji selidik) yang telah diberikan.

                Masa yang diambil tidaklah begitu lama dan sebanyak 137 responden telah menghantar borang tersebut ke kaunter depan pentas.

                Dibawah ini adalah jadual peratusan kepuasan pelanggan berdasarkan skala kriteria:

BIL
KRITERIA PENILAIAN
PERATUS KEPUASAN
(%)
A
BILIK KULIAH / DEWAN KULIAH / MAKMAL / BENGKEL
1
Peralatan kerusi, meja, papan putih mencukupi untuk keperluan pembelajaran
70.66
2
Peralatan dan keperluan amat mencukupi dan beroperasi sepenuhnya
64.38
3
Persekitaran di bilik kuliah / dewan kuliah / makmal / bengkel bersih selesa dan selamat
69.49
4
Peraturan keselamatan penggunaan peralatan dipamerkan
66.28
B
PERPUSTAKAAN

1
Koleksi buku di perpustakaan mencukupi untuk rujukan
65.84
2
Layanan di kaunter perpustakaan adalah mesra
69.20
3
Proses peminjaman dan pemulangan mudah
68.76
4
Tempahan bahan sentiasa dipenuhi
66.57
5
Persekitaran di perpustakaan adalah bersih, selesa dan selamat
76.93
C
UNIT HAL EHWAL PELAJAR

1
Layanan yang diberikan di unit hal-hal pelajar mudah diperolehi
71.82
2
Urusan di unit adalah cepat dan lancar
71.24
3
Maklumat berkaitan hal pelajar mudah diperolehi
69.78
4
Maklumat yang diterima dari hal-hal pelajar adalah tepat
72.26
D
PEJABAT PENTADBIRAN

1
Layanan yang diberikan kaunter pentadbiran adalah mesra
69.78
2
Urusan di kaunter adalah cepat dan cekap
70.36
3
Pegawai berkaitan mudah ditemui
65.11
E
KOLEJ KOMUNITI

1
Saya sentiasa berasa selamat semasa berasa di Kolej Komuniti
77.37
2
Saya merasa bangga menjadi pelajar Kolej Komuniti Bentong
79.85
3
Saya tahu Kolej Komuniti Bentong menawarkan kursus Sijil Modular Kebangsaan, Kursus Sepenuh Masa, dan Kursus Pendek
81.17

PEMERHATIAN

Berdasarkan maklumat 137 orang responden diatas, hanya satu aspek sahaja yang mencapai criteria 80 peratus keatas iaitu berkaitan dengan maklumat umum Kolej Komuniti (tawaran Modular, Kursus Pendek). Selebihnya berada dalam lingkungan 60 hingga 79 peratus. 

                Peratusan terendah ialah 64.38 peratus, iaitu ‘Peralatan dan keperluan amat mencukupi dan beroperasi sepenuhnya’. Berdasarkan soal jawab secara verbal pun, hal ini memang berlaku dan mendapat banyak rungutan dari para pelajar.

KESIMPULAN

Jika diandaikan purata Gred A: cemerlang, B: baik dan memuaskan, C: memuaskan, D: tidak memuaskan, dan E: sangat tidak memuaskan, maka kebanyakan kepuasan pelanggan kini berada di Gred B. Ia sudah tentu hanya diperingkat baik dan memuaskan, tetapi tidak cemerlang. Kesimpulannya, Kolej Komuniti Bentong harus giat lagi mencapai kepuasan pelanggan ke tahap yang sebaik mungkin.

Monday, 2 July 2012

Pameran di Program Gerak Mesra Kg. Janda Baik 2012 anjuran Pejabat Menteri Besar Pahang dan JASA Pahang

FORMAT LAPORAN AKTIVITI DWI-BULANAN
KOLEJ KOMUNITI BENTONG
BULAN JUN
TAHUN 2012

Disediakan oleh:
Pegawai Penerangan

Kolej Komuniti Bentong telah mendapat jemputan dari Pejabat Daerah dan Tanah Bentong untuk membuka satu tapak pameran di Kg. Janda Baik sempena Program Gerak Mesra Kg. Janda Baik Tahun 2012 yang dianjurkan oleh Pejabat Menteri Besar Pahang dan Hal Ehwal Khas (JASA) Negeri Pahang pada 29 Jun 2012 lalu.

Unit Penerangan telah mengambil tanggungjawab ini untuk hadir ke program ini untuk mempromosikan Kolej Komuniti Bentong kepada masyarkat Kg. Janda Baik.

Program ini bertujuan untuk mendekatkan pemimpin dan juga masyarkat setempat dalam masa yang saya menyediakan khidmat, ruang dan peluang kepada masyarakat untuk bersama-sama dengan agensi-agensi yang turut hadir pada program berkenaan. Terdapat lebih daripada sepuluh agensi yang hadir.

Peluang yang ada ini digunakan sebaiknya oleh Kolej Komuniti Bentong dan juga Kolej Komuniti Cawangan Raub untuk menerangkan seberapa banyak mungkin perkara yang berkaitan dengan Kolej Komuniti termasuk Program Modular dan Kursus Pendek.

Perasmi program ini adalah YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Hj Adnan Hj Yaakob, tiba sebelum solat jumaat bermula.

YAB Menteri Besar memulakan lawatan beliau dengan lawatan ke tapak-tapak pameran Polis, Bomba,  Pejabat Kesihatan, JKM Bentong dan lain-lain seterusnya Kolej Komuniti Bentong dan Raub.

Tepat jam 1.15 tengahari orang ramai berpusu-pusu masuk ke Masjid Kg. Janda Baik untuk menunaikan solat jumaat.

Setelah selesai solat jumaat, orang ramai dijemput untuk makan bersama-sama dengan YAB Menteri Besar dan gerak kerja pameran berjalan seperti biasa.

Tepat jam 4.00 petang, Kolej Komuniti Bentong berangkat pulang.

Gambar aktiviti: