Friday 27 January 2012

Karnival Pengajian Tinggi Negara (Jom Masuk U 2012) - SASICC Kuantan


FORMAT LAPORAN AKTIVITI DWI-BULANAN
KOLEJ KOMUNITI BENTONG
BULAN JANUARI
TAHUN 2012

Disediakan oleh:
Nur Liyana Binti Rusli

Tajuk              : Karnival Pengajian Tinggi Negara(KPTN) - Jom masuk U tahun 2012
Anjuran          : Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia  dengan kerjasama
                        Kementerian Pelajaran Malaysia
Tempat           : Sultan Ahmad Shah International Convention Centre, Kuantan, Pahang
Tarikh             : 14 -15 Januari 2012
Masa              : 9 pagi – 6 petang

Pengenalan
Karnival Pengajian Tinggi Negara 2012 merupakan program Outreach Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) semenjak tahun 2005.  KPT telah menggunakan tagline “Jom Masuk U” bagi mendidik dan memotivasikan pelajar serta menyebarluaskan maklumat tepat dan terkini mengenai peluang pengajian tinggi di Malaysia. KTPN ini adalah pusat sehenti bermaklumat yang memberi hebahan mengenai kemasukan ke IPTA, IPTS, Politeknik, Kolej Komuniti, Institusi Latihan Kemahiran Awam dan lain-lain institusi yang menawarkan Pendidikan Tinggi.

Isi Kandungan
KPTN membuka tirai 2012 di Kuantan, Pahang.  Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK) bersama wakil Pegawai Khidmat Pelanggan (PKP) dan Pegawai Pengambilan Zon Timur  mengadakan promosi bagi menarik dan menambah kemasukan pelajar ke Kolej Komuniti. Karnival yang dirasmikan oleh Menteri Besar Pahang, Dato Seri Diraja Adnan Yaakob berlangsung meriah dengan penglibatan pelbagai IPTA, IPTS, Politeknik dan institusi pengajian yang lain. Sambutan amat menggalakkan diterima di pameran JPKK yang diserikan dengan pertunjukan fesyen daripada pelajar Kolej Komuniti Raub, sesi ‘make up’ percuma oleh pelajar Kolej Komuniti Kok Lanas dan juga pelajar Kolej Komuniti Paya Besar dalam menyediakan ‘photoshoot’ percuma bagi pengunjung yang mendaftar bagi program yang ditawarkan .

Kesimpulan
Secara keseluruhannya, karnival ini mendapat sambutan yang sangat mengalakkan daripada pengunjung yang datang daripada negeri Pahang khususnya. Usaha daripada pihak KPT dan KPM ini wajar dipuji bagi memberi maklumat berguna mengenai pendidikan tinggi seterusnya mengangkat martabat sektor pendidikan di negara kita. Karnival ini akan diteruskan di Terengganu pada hujung bulan Januari 2012.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah:

SEBELUM  BERMULA PAMERAN






KETIKA PAMERAN

 Percuma ‘photoshoot’: Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (KP JPKK), En. Amir Md Noor

 Percuma sesi ‘make up’ dari Kolej Komuniti Kok Lanas

 Kunjungan YAB Menteri Besar Pahang, Dato Seri Diraja Adnan Yaakob di pameran Kolej Komuniti, berjabat tangan dengan Ketua Pengarah, JPKK

 Promosi daripada tenaga kerja Kolej Komuniti kepada pengunjung yang hadir

 Wakil daripada Kolej Komuniti Bentong: Cik Nur Liyana Rusli dan Cik Nur Hafiza Ishak











No comments:

Post a Comment