FORMAT LAPORAN AKTIVITI DWI-BULANAN
KOLEJ KOMUNITI BENTONG
BULAN JUN
TAHUN 2012
Disediakan
oleh:
Pegawai
Penerangan
Unit Penerangan telah diberi
tanggungjawab dalam menguruskan lawatan para pelajar dari SMK Kuala Repas,
Bentong yang bermula pada jam 9.00 pagi, bertarikh 20 jun 2012 lepas.
Seramai 40 orang pelajar pelbagai
kaum menyertai lawatan ini diiringi oleh 2 orang guru pengiring, iaitu guru kelasnya, En. Nik Mohd Khairul
Anuar Nik Yaakub, dan seorang kaunselor, Pn. Mariah Yamim.
Matlamat lawatan kail ini adalah
bertujuan untuk memastikan pelajar didedahkan dengan pelbagai maklumat
berkaitan Kolej Komuniti. Disamping itu juga, pelajar juga dapat merasai
sendiri suasana belajar di Kolej Komuniti Bentong.
Lawatan ini dimulakan dengan ceramah
motivasi yang diadakan di Dewan Kuliah bertajuk, “Perubahan Paradigma” selama 1
jam. Pelajar diterangkan tentang aspek pembangunan diri, konsep-konsep Islam,
dan sebagainya.
Setelah selesai sahaja ceramah
motivasi, para pelajar diterangkan pula tentang perkhidmatan yang disediakan
oleh Kolej Komuniti khususnya, dan Kolej Komuniti Bentong khasnya. Antara
perkara yang diterangkan ialah berkenaan konsep Sijil Modular Kebangsaan, Sijil
Kolej Komuniti, dan juga Kursus Pendek.
Sesi perangan selama 1 jam ini
diselitkan juga dengan ucapan dan sesi soal jawab pelajar dan guru pengiring
bersama Pegawai Pengambilan, En. Anas Harun.
Tamatnya sesi penerangan,
pelajar-pelajar dan guru pengiring dibawa melawat ke bengkel-bengkel elektrik,
bengkel-bengkel pembinaan dan makmal-makmal komputer. Penyelaras bengkel yang
bertugas telah memberikan kerjasama yang sangat dalam menerangkan serba sedikit
tentang hal-hal berkaitan dengan bengkel.
Buat kali pertama pelajar didedahkan
dengan program Sijil Pengkeranian Akaun dan Sijil Pengoperasian Perniagaan
secara praktikal di Bilik Kuliah tingkat 3 yang disampaikan oleh Cik
Rosasmanizan Ahmad, Ketua Program Perakaunan Perniagaan.
Pihak Kolej Komuniti Bentong atas
persetujuan dan kemurahan hati Pengarah, Pn. Norehan Silek, telah bersetuju
untuk menyediakan jamuan makan tengahari kepada para pelawat.
Tepat jam 12.30 tenghari, sesi
lawatan berakhir dan para pelawat pulang ke sekolah masing-masing. Pemandu yang
bertugas pada kali ini ialah En. Mohamad Khairol Ahmad.
Pihak Kolej Komuniti Bentong
mengucapkan tahniah dan terima kasih keatas guru-guru serta pengetua sekolah
yang aktif dalam membantu pelajar mencari saluran demi masa depan pelajar itu
sendiri.
No comments:
Post a Comment