Friday 6 January 2012

Lawatan Sambil Belajar SMK Katholik & SMK Bukit Cermin

UNIT PENERANGAN
KOLEJ KOMUNITI BENTONG
BULAN OKTOBER
TAHUN 2011

Disediakan oleh:
Pegawai Penerangan
Unit Penerangan
Kolej Komuniti Bentong

Tajuk              : Lawatan Sambil Belajar SMK Katholik & SMK Bukit Cermin
Anjuran          : Kolej Komuniti Bentong
Tempat           : Dewan Kuliah, Kolej Komuniti Bentong
Tarikh             : 14 & 15 November 2011
Masa              : 9.00 pagi – 1.00 tengahari




Pengenalan:

Lawatan dari sekolah-sekolah merupakan satu agenda promosi Unit Penerangan bagi memastikan pelajar sekolah beroleh maklumat yang sewajarnya tentang Kolej Komuniti Bentong dan Kolej Komuniti seluruh Malaysia. Ia merangkumi pendedahan tentang program Modular SMK dan juga program Latihan 1 Malaysia.


Isi Kandungan:

Tepat jam 8.45 pagi, pelajar sekolah dibawa ke Dewan Kuliah untuk berkumpul dan menunggu taklimat dari Pegawai Penerangan.

Tepat jam 9.00 pagi, sesi taklimat dari Pegawai Penerangan berlansung. Taklimat kali ini berkisarkan tentang sejarah Kolej Komuniti, program Modular SMK dan juga Program Latihan 1 Malaysia, sedikit selingan tentang kenegaraan Malaysia.

Selepas sesi taklimat, sesi soal jawab pula berlangsung. Pelajar dan guru bertanyakan beberapa soalan dan dijawab oleh Pegawai Penerangan.

Tepat jam 11.00 pagi selepas selesai taklimat, pelajar dan guru dibawa untuk melawat kawasan bengkel-bengkel elektrik, pembinaan, dan juga makmal-makmal komputer.

Setiap sesi lawatan akan diadakan penerangan demi penerangan oleh pegawai terlibat.



Turut serta dalam program ini ialah penyelaras Unit Penerangan, Puan Nazila Binti Masdor dan juga Cik Nur Liyana Binti Ali.

Selepas selesai sesi lawatan, para pelajar dibawa ke Kafetaria untuk menjamu jamuan tengahari yang disediakan oleh pihak Kolej Komuniti Bentong.

Selepas selesai menjamu selera, pelajar dan guru dibawa ke foyer untuk sesi bergambar.


Kesimpulan:

Program lawatan sebegini amat bagus untuk dilaksanakan dari tahun ke tahun. Disini pelajar didedahkan dengan suasana dan persekitaran Kolej Komuniti setempat. Pelbagai persoalan dari pelajar boleh dijawab serta merta oleh penyelaras terlibat dan ia mampu menambahkan lagi pengetahuan dan minat pelajar terhadap Kolej Komuniti khususnya Kolej Komuniti Bentong.


Gambar sekitar aktiviti:

SMK BUKIT CERMIN








































SMK KHATOLIK BENTONG 






No comments:

Post a Comment