Thursday 11 August 2011

Promosi ke Kampung-kampung

UNIT PENERANGAN
KOLEJ KOMUNITI BENTONG
BULAN JULAI
TAHUN 2011

Disediakan oleh:
Pegawai Penerangan
Unit Penerangan
Kolej Komuniti Bentong


Tajuk              : Promosi ke Kampung-kampung
Anjuran          : Kolej Komuniti Bentong
Tempat           : Kg. Sempadan, Kg. Kuala Kaung, Kg. Jambu Rias dan Kg. Lengkong
Tarikh             : 10 Ogos 2011
Masa              : 5.30 petang - 7.00 petang


Pengenalan

Promosi ke kampung-kampung adalah bertujuan untuk memastikan orang-orang kampung sekitar Karak lebih maklum tentang Kolej Komuniti Bentong berbanding tempat-tempat lain yang jauh dari pekan Karak apatah lagi jauh ke bandar Bentong. Promosi ini memfokus ke kawasan masjid kampung berdekatan, surau dan orang ramai.

Isi Kandungan:

Tepat jam 5.30 petang, Pegawai Penerangan bergerak ke Kampung Jambu Rias, Karak. Disini fokus utama promosi ialah di kawasan Masjid Kg. Jambu Rias.

Terdapat beberapa orang jemaah masjid yang terdiri daripada orang-orang kampung Kg. Jambu Rias sedang bertungkus-lumus menyiapkan juadah berbuka puasa. Brochures dan flies sempat diberikan kepada wakil Masjid disini. Sedikit penerangan disampaikan terutamanya berkenaan Program Latihan 1 Malaysia.

Setelah selesai di Masjid Kg. Jambu Rias, promosi diteruskan lagi ke Kg. Sempadan (Karak-Lanchang). Pegawai Penerangan sempat berhenti di kedai orang kampung. Didapati beliau juga pernah menyertai Kursus Pengurusan Jenazah di Kolej Komuniti Bentong, penyelarasnya ialah Ustaz Anuar Bin Ralib (sekarang: Pengarah Kolej Komuniti Cawangan Lipis).

Sedikit brochures dan flies diletakkan di kedai beliau untuk diminta diagih-agihkan kepada pembeli yang datang. Ucapan terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada beliau kerana kesudiannya turut mempromosikan Kolej Komuniti Bentong kepada masyarakat Kg. Sempadan.

Masjid Kg. Sempadan juga tidak ketinggalan untuk ditinggalkan sedikit brochures dan flies. Walaupun kelihatan tiada penghuni, besar harapan Pegawai Penerangan supaya jemaah yang hadir dapat memanfaatkan maklumat tersebut untuk kebaikan penduduk Kg. Sempadan.

Pepatah pernah mengatakan, "Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan". Pegawai Penerangan meneruskan perjalanan ke Kg. Kuala Kaung, Lanchang, Temerloh, tidak jauh dari Karak, lebih kurang 8 km dari Kolej Komuniti Bentong. Disini juga sasarannya ialah Masjid Kuala Kaung.

Disini kelihatan seorang jemaah masjid yang boleh dikategorikan sebagai "warga emas". Setelah mendapat keizinannya untuk meletakkan maklumat berkaitan Kolej Komuniti Bentong di Masjid ini, sedikit penerangan sempat diberikan kepada beliau dan kelihatan beliau sangat berminat dengan kursus-kursus yang ditawarkan.

Setelah selesai di Masjid Kg. Kuala Kaung, perjalanan menyusur balik dan sempat singgah di Kg. Lengkong, Karak. Disini kelihatan Tok Empat (Ketua Kampung) Kg. Lengkong yang dikenali sebagai "Pak Ya" sedang mengecat sesuatu.

Pegawai Penerangan mendapat keizinan dari Pak Ya untuk masuk ke dalam Surau berdekatan dan sedikit brochures dan flies diletakkan didalam surau untuk makluman jemaah masjid atau orang kampung yang hadir.

Jam hampir 7.00 petang, aktiviti promosi ke kampung-kampung pun berakhir.



Kesimpulan:


Aktiviti kepada orang ramai amat sukar dilakukan kerana terlalu banyak penerangan yang perlu dilakukan. Jika dilakukan aktiviti dari rumah ke rumah kelihatan agak tidak praktikal. Maka jalan penyelesaiannya ialah dengan meletakkan brochures dan flies di tempat-tempat strategik yang boleh dicapai oleh orang ramai. Seterusnya bagi melancarkan lagi penyebarang maklumat ini pihak Unit Penerangan perlu berkolaborasi dengan posmen supaya setiap penduduk kampung atau setiap rumah sekurang-kurangnya mendapat satu maklumat berkaitan Kolej Komuniti Bentong.
Gambar sekitar aktivit:

(Klik imej untuk besarkan)








 










No comments:

Post a Comment