Monday 22 August 2011

Promosi ke Bazaar Ramadhan (Pasar Malam) Lanchang

UNIT PENERANGAN
KOLEJ KOMUNITI BENTONG
BULAN OGOS
TAHUN 2011

Disediakan oleh:
Pegawai Penerangan
Unit Penerangan
Kolej Komuniti Bentong


Tajuk              : Promosi ke Bazaar Ramadhan (Pasar Malam) Lanchang
Anjuran          : Kolej Komuniti Bentong
Tempat           : Bazaar Ramadhan (Pasar Malam) Lanchang, Temerloh
Tarikh             : 19 Ogos 2011
Masa              : 5.30 petang - 6.30 petang


Pengenalan

Promosi ke Bazaar Ramadhan adalah satu rangka mempromosikan Kolej Komuniti Bentong kepada orang ramai yang terdiri daripada masyarakat setempat dan pengunjung-pengunjung dari kawasan-kawasan berdekatan.  Promosi ini adalah penting bagi menyebarkan maklumat dan pengetahuan penting mengenai Kolej Komuniti Bentong seterusnya menarik lebih ramai peserta Sijil Modular Kebangsaan dan Program Latihan 1 Malaysia bagi yang berminat.

Isi Kandungan:

Tepat jam 6.00 petang, Pegawai Penerangan hadir di kawasan Bazaar Ramadhan. Sedikit gambar sekitar sempat dirakam. Kelihatan ramai pengunjung yang hadir memenuhi Bazaar petang ini.

Promosi seterusnya dilakukan dengan menyebarkan flies dan borchure Kolej Komuniti Bentong kepada orang ramai khususnya kepada para peniaga dan pengunjung-pengunjung.

Rata-rata pengunjung adalah dari kawasan Felda Bukit Damar, Felda Lakum, perkampungan sekitar Lanchang, penduduk sekitar Karak, dan banyak lagi.

Pengunjung dan peniaga terdiri daripada pelbagai bangsa iaitu Melayu, Cina dan India. Ada juga dari kalangan mereka aktif berniaga.


Pegawai Penerangan sempat melakukan beberapa kali pusingan Bazaar bagi memastikan setiap pengunjung memperoleh juga 2 helai flies mengenai Sijil Modular Kebangsaan dan Program Latihan 1 Malaysia walaupun kadang-kala tidak sempat diberikan penerangan.

Jam 6.30 petang, aktiviti promosi berakhir.




Kesimpulan

Berdasarkan pertanyaan rambang, peniaga-peniaga di Bazaar Ramadhan Lanchang (Pasar Malam) ada yang pernah hadir kursus pendek di Kolej Komuniti Temerloh, Mentakab. Cuma tidak dapat dipastikan apakah ia Program Latihan 1 Malaysia atau bukan. Kawasan ini tidak sesuai untuk mempromosikan Kolej Komuniti Bentong kerana ia adalah dibawah kawasan Temerloh yang dipertanggungjawabkan keatas Kolej Komuniti Temerloh. Walaubagaimana pun sebagai makluman, pendedahan tentang kewujudan Kolej Komuniti Bentong dan program-program yang ditawarkan khususnya program Sijil Modular Kebangsaan paling kurang diketahui oleh khalayak sekitar Lanchang dan kawasan Felda berdekatan.


 
Gambar sekitar aktivit:

Tiada laporan bergambar.


No comments:

Post a Comment