LAPORAN AKTIVITI
UNIT PENERANGAN
KOLEJ KOMUNITI BENTONG
22-23 SEPT 2012
Disediakan oleh:
Pegawai Penerangan
Tajuk :
Pameran dan Promosi Sempena Karnival Pembelajaran Sepanjang Hayat, My3L
Anjuran : Kementerian Pengajian
Tinggi Malaysia dan JPKK
Tempat :
PWTC
Tarikh : 22 & 23 September 2012
Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang
Bilangan Peserta : Terbuka kepada orang ramai
Jadual Pergerakan : Tiada
PENGENALAN
Karnival Pembelajaran Sepanjang Hayat My3L dianjurkan oleh
Kementerian Pengajian Tinggi bersama JPKK adalah bertujuan untuk memberi pendedahan
kepada orang ramai tentang kewujudan kursus-kursus kemahiran di serata IPTA/IPTS
tempatan secara amnya dan Kolej Komuniti seluruh Malaysia khususnya seperti
memasak, solekan, automotif, lukisan, animasi, fotografi dan sebagainya yang
wujud. Kemahiran ini telah dipertontonkan selama 2 hari khas buat orang ramai dan
orang ramai juga boleh mencubanya secara ‘hands-on’
(Amali). Program My3L ini telah dirasmikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, YB.
Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin. Turut dijemput artis-artis popular tanah air
seperti Datuk Siti Nurhaliza, Sabri Yunus, Zed Zaidi, Datuk Dr Sheikh Muzaphar
Shukor, dan ramai lagi.
ISI KANDUNGAN
Tepat
jam 8.00 pagi peserta pameran dan demonstrasi berkumpul di Tingkat 4, Bangunan
PWTC, Kuala Lumpur untuk menyiapkan booth dan juga bahan pameran masing-masing.
Kolej Komuniti Bentong telah diberi tanggungjawab untuk menjaga booth JPKK bersama
2 orang wakil JPKK selama dua hari ini. Unit Penerangan yang diketuai oleh
Pegawai Penerangan, bersama Unit Pengambilan, diketuai oleh Pegawai
Pengambilan, En. Mohd Fazli Khaisunizam Ismail, telah sama-sama berganding bahu untuk menjaga
booth ini sebaik mungkin kerana ia akan membawa imej JPKK dimata umum.
Promosi
berjalan sepanjang dua hari berturut-turut bermula 22 september hingga 23
september 2012. Ramai pengunjung sekitar Bandaraya Kuala Lumpur mengunjungi dan
bertanyakan banyak perkara tentang kolej Komuniti di booth ini, dan
rata-ratanya bertanya tentang kursus pendek. Lebih kurang 20 orang peserta yang
berminat telah mengisi borang untuk berdaftar di Kolej Komuniti.
Pada 23 september, booth-booth
kolej, IPTA dan IPTS yang ada disekitar telah dilawati oleh Ketua Pengarah
JPKK, Tuan Hj. Amir Bin Md Nor waktu petangnya. Ketua Pengarah merakamkan
ucapan terima kasih kepada peserta-peserta booth yang bertugas.
KESIMPULAN
Sambutan orang ramai di sini sangat memberangsangkan. Namun
yang mendaftar ke Kolej Komuniti kurang memberangsangkan jika dibandingkan
dengan target pengunjung yang hadir seramai 30,000 untuk dua hari ini. Justeru
itu, waktu dan tempat program rasanya perlu diperhalusi lagi bagi memastikan
momentum orang ramai lebih ramai lagi datang khususnya para belia dan bekas
pelajar sekolah. Walaupun program kali ini membawa artis-artis kenamaan tanah
air, tetapi lokasi dan masa kurang sesuai contohnya waktu belum gaji, maka ia
tidak memungkinkan lebih ramai dan anak-anak remaja mereka hadir.
LAMPIRAN BERGAMBAR
No comments:
Post a Comment