Wednesday, 3 October 2012

Promosi Sempena Karnival Kokurikulum Serta Khidmat Komuniti SMK Bentong 2012

LAPORAN AKTIVITI
UNIT PENERANGAN
KOLEJ KOMUNITI BENTONG
26 SEPT 2012

Disediakan oleh:
Pegawai Penerangan

Tajuk                                     : Promosi Sempena Karnival Kokurikulum Serta
                                                  Khidmat Komuniti SMK Bentong 2012
Anjuran                                : SMK Bentong
Tempat                                   : SMK Bentong
Tarikh                                   : 26 September 2012
Masa                                     : 8.00 pagi – 1.00 tengahari
Bilangan Peserta              : Terbuka kepada orang ramai
                               
Jadual Pergerakan           : Tiada

PENGENALAN

Karnival Kokurikulum Serta Khidmat Komuniti adalah satu program kokurikulum pelajar peringkat SMK Bentong yang telah dirasmikan oleh ADUN Ketari, Datuk Dr Ng Keong Chye. Kolej Komuniti Bentong (diwakili Pegawai Pengambilan, En. Mohd Fazli Khaisunizam Ismail & Pegawai Penerangan) dan beberapa IPTS yang lain telah dijemput bagi membuka booth promosi pada hari tersebut.


ISI KANDUNGAN

Wakil Kolej Komuniti Bentong tiba di lokasi sekitar jam 8.30 pagi. Kolej Komuniti Bentong telah membuka booth promosi dengan pelbagai flies, brochures, serta keratan akhbar untuk dipertontonkan dan disebarkan kepada komuniti SMK Bentong dan juga orang ramai yang hadir.

Tepat jam 9.15 pagi, Pegawai Penerangan KK Bentong dijemut untuk memberikan ceramah berkaitan Kolej Komuniti Bentong kepada seluruh pelajar SMK Bentong. Slot ceramah diberikan selama 30 minit dan di pengerusikan oleh Guru Kaunseling SMK Bentong, Engku Aduka Engku Razlan.

Semasa sesi ceramah diberikan, para pelajar SMK Bentong juga diberi ruang untuk bersoal-jawab bersama Pegawai Penerangan KK Bentong. Beberapa orang pelajar turut menunjukkan minat untuk bertanyakan soalan-soalan tentang program Modular.

Setelah selesai sesi ceramah, Pegawai Penerangan dan Pegawai Pengambilan kembali ke lokasi booth. Lebih kurang 16 orang pelajar telah mengisi borang. Seramai 7 orang daripadanya memohon untuk masuk ke KK Bentong dan selebihnya Kolej Komuniti selain dari Bentong.
               


KESIMPULAN

Promosi kali ini amat memberangsangkang. Ia adalah hasil usaha kaunselor yang bertungkus-lumus menyediakan laluan buat pelajarnya.

LAMPIRAN BERGAMBAR


















Tuesday, 2 October 2012

Pameran dan Promosi Sempena Karnival Pembelajaran Sepanjang Hayat, My3L di PWTC



LAPORAN AKTIVITI
UNIT PENERANGAN
KOLEJ KOMUNITI BENTONG
22-23 SEPT 2012

Disediakan oleh:
Pegawai Penerangan

Tajuk                                     : Pameran dan Promosi Sempena Karnival Pembelajaran Sepanjang Hayat, My3L
Anjuran                                : Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan JPKK
Tempat                                                : PWTC
Tarikh                                   : 22 & 23 September 2012
Masa                                     : 8.00 pagi – 5.00 petang
Bilangan Peserta              : Terbuka kepada orang ramai
                               
Jadual Pergerakan           : Tiada

PENGENALAN

Karnival Pembelajaran Sepanjang Hayat My3L dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi bersama JPKK adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada orang ramai tentang kewujudan kursus-kursus kemahiran di serata IPTA/IPTS tempatan secara amnya dan Kolej Komuniti seluruh Malaysia khususnya seperti memasak, solekan, automotif, lukisan, animasi, fotografi dan sebagainya yang wujud. Kemahiran ini telah dipertontonkan selama 2 hari khas buat orang ramai dan orang ramai juga boleh mencubanya secara ‘hands-on’ (Amali). Program My3L ini telah dirasmikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, YB. Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin. Turut dijemput artis-artis popular tanah air seperti Datuk Siti Nurhaliza, Sabri Yunus, Zed Zaidi, Datuk Dr Sheikh Muzaphar Shukor, dan ramai lagi.

ISI KANDUNGAN

                Tepat jam 8.00 pagi peserta pameran dan demonstrasi berkumpul di Tingkat 4, Bangunan PWTC, Kuala Lumpur untuk menyiapkan booth dan juga bahan pameran masing-masing. Kolej Komuniti Bentong telah diberi tanggungjawab untuk menjaga booth JPKK bersama 2 orang wakil JPKK selama dua hari ini. Unit Penerangan yang diketuai oleh Pegawai Penerangan, bersama Unit Pengambilan, diketuai oleh Pegawai Pengambilan, En. Mohd Fazli Khaisunizam Ismail,  telah sama-sama berganding bahu untuk menjaga booth ini sebaik mungkin kerana ia akan membawa imej JPKK dimata umum.

                Promosi berjalan sepanjang dua hari berturut-turut bermula 22 september hingga 23 september 2012. Ramai pengunjung sekitar Bandaraya Kuala Lumpur mengunjungi dan bertanyakan banyak perkara tentang kolej Komuniti di booth ini, dan rata-ratanya bertanya tentang kursus pendek. Lebih kurang 20 orang peserta yang berminat telah mengisi borang untuk berdaftar di Kolej Komuniti.

Pada 23 september, booth-booth kolej, IPTA dan IPTS yang ada disekitar telah dilawati oleh Ketua Pengarah JPKK, Tuan Hj. Amir Bin Md Nor waktu petangnya. Ketua Pengarah merakamkan ucapan terima kasih kepada peserta-peserta booth yang bertugas.

KESIMPULAN

Sambutan orang ramai di sini sangat memberangsangkan. Namun yang mendaftar ke Kolej Komuniti kurang memberangsangkan jika dibandingkan dengan target pengunjung yang hadir seramai 30,000 untuk dua hari ini. Justeru itu, waktu dan tempat program rasanya perlu diperhalusi lagi bagi memastikan momentum orang ramai lebih ramai lagi datang khususnya para belia dan bekas pelajar sekolah. Walaupun program kali ini membawa artis-artis kenamaan tanah air, tetapi lokasi dan masa kurang sesuai contohnya waktu belum gaji, maka ia tidak memungkinkan lebih ramai dan anak-anak remaja mereka hadir.


LAMPIRAN BERGAMBAR













 

Pameran & Promosi Sempena Program RAPAT Kolej Komuniti Rompin 2012



LAPORAN AKTIVITI
UNIT PENERANGAN
KOLEJ KOMUNITI BENTONG
8-9 SEPT 2012

Disediakan oleh:
Pegawai Penerangan

Tajuk                                    : Pameran dan Promosi Sempena Program RAPAT Kolej Komuniti Rompin 2012
Anjuran                                : Kolej Komuniti Rompin
Tempat                                 : Dewan Kolej Komuniti Rompin
Tarikh                                  : 8 & 9 September 2012
Masa                                   : 8.00 pagi – 5.00 petang
Bilangan Peserta                : Pelajar Kolej Komuniti dan Orang Ramai
                               
Jadual Pergerakan            : Tiada

PENGENALAN

Program RAPAT 2012 merupakan program Rakan Patriotik yang dirasmikan oleh Ahli Parlimen Rompin, Dato’ Sri Dr Ir Jamaluddin Jarjis. Kolej Komuniti Bentong telah dijemput oleh Kolej Komuniti Rompin untuk menyertai acara pameran, promosi dan demonstrasi pada hari tersebut. Kolej Komuniti Bentong diwakili oleh Unit Penerangan, yang diketuai oleh Pegawai Penerangan dan juga Unit STP, yang diketuai oleh Cik Raja Azlita Raja Abdul Rahman. Manakala promosi turut ditantu oleh Cik Siti Hajar Abd Rajab dan 3 orang pelajar STP Kolej Komuniti Bentong.

ISI KANDUNGAN

                Tepat jam 8.00 pagi peserta pameran dan demonstrasi berkumpul di Dewan Kolej Komuniti Rompin untuk menyiapkan booth dan juga bahan pameran. Kolej Komuniti Bentong telah membawa peralatan pameran dan promosi sebagaimana yang telah dirancang. Antaranya ialah peralatan "Drywall Parition", projektor, laptop, toolbox pembinaan, brochure-brochure dan maklumat promosi, juga keratan akhbar.

                Promosi berjalan sepanjang dua hari berturut-turut bermula 8 september hingga 9 september 2012. Pada 9 september, booth-booth kolej yang ada disekitar telah dilawati oleh Ketua Pengarah JPKK, Tuan Hj. Amir Bin Md Nor. Manakala petangnya pula booth-booth kolej dilawati oleh KSU Kementerian Pengajian Tinggi, Y.Bhg Datuk Ab Rahim Bin Md Noor selepas sahaja selesai merasmikan Surau Ar-Rahim Kolej Komuniti Rompin.

 KESIMPULAN

Sambutan orang ramai di sini agak kurang memberangsangkan. Ini kerana lokasi Dewan Kolej Komuniti Rompin agak jauh dari tapak perasmian. Apabila selesai acara perasmian program RAPAT, semua pengunjung beredar pulang tanpa melawat booth-booth yang ada di dalam.


Lampiran Bergambar