UNIT PENERANGAN
KOLEJ KOMUNITI BENTONG
BULAN OGOS
TAHUN 2011
Disediakan oleh:
Pegawai Penerangan
Unit Penerangan
Kolej Komuniti Bentong
Tajuk : Promosi ke Bazaar Ramadhan Karak
Anjuran : Kolej Komuniti Bentong
Tempat : Bazaar Ramadhan Karak, Karak
Tarikh : 8 Ogos 2011
Masa : 6.00 petang - 6.45 petang
Pengenalan
Promosi ke Bazaar Ramadhan adalah satu rangka mempromosikan Kolej Komuniti Bentong kepada orang ramai yang terdiri daripada masyarakat setempat dan pengunjung-pengunjung dari kawasan-kawasan berdekatan. Promosi ini adalah penting bagi menyebarkan maklumat dan pengetahuan penting mengenai Kolej Komuniti Bentong seterusnya menarik lebih ramai peserta Sijil Modular Kebangsaan dan Program Latihan 1 Malaysia bagi yang berminat.
Isi Kandungan:
Promosi seterusnya dilakukan dengan menyebarkan flies dan borchure Kolej Komuniti Bentong kepada orang ramai khususnya kepada para peniaga dan pengunjung-pengunjung.
Rata-rata pengunjung adalah dari kawasan Karak sendiri, termasuk pengunjung dari Kampung Batu 3 Karak Setia, Kampung Karak Setia, Kampung Batu 4 Karak, Kampung Jambu Rias, Kampung Chinta Manis, Kampung Lengkong, dan lain-lain.
Tidak kurang juga pengunjung-pengunjung dari bangsa cina dan india. Tidak kira tua atau muda.
Pegawai Penerangan sempat melakukan beberapa kali pusingan Bazaar bagi memastikan setiap pengunjung memperoleh juga 2 helai flies mengenai Sijil Modular Kebangsaan dan Program Latihan 1 Malaysia walaupun kadang-kala tidak sempat diberikan penerangan.
Kesimpulan
Bazaar Ramadhan adalah satu tempat yang sesuai dalam rangka mempromosikan Kolej Komuniti Bentong kepada penduduk setempat. Walaupun mempunyai kekangan seperti kesibukan para pengunjung dan peniaga terhadap urusan masing-masing, sekurang-kurangnya flies dan brochures dapat memberi mereka penerangan tentang maklumat dan pengetahuan tentang Kolej Komuniti Bentong. Flies dan Brochures direka 'ringkas' bagi memudahkan orang ramai untuk membaca dan memahaminya, disamping itu tertera juga nombor telefon pegawai yang bertanggungjawab yang boleh dihubungi sekiranya mereka berminat untuk menyertai kursus-kursus tertentu. Kerja-kerja promosi harus dilakukan secara berterusan tanpa berputus asa di kawasan-kawasan baazar yang sama dan lain-lain.
Gambar sekitar aktivit:
(Klik imej untuk besarkan)
No comments:
Post a Comment