Friday, 7 December 2012

Program Merakyatkan Seni Budaya DUN Pelangai (MB @Pelangai)

FORMAT LAPORAN AKTIVITI DWI-BULANAN
KOLEJ KOMUNITI BENTONG
BULAN NOVEMBER
TAHUN 2012
Disediakan oleh:
Pegawai Penerangan
Tajuk                          : Program Merakyatkan Seni Budaya DUN Pelangai (Bersama MB @Pelangai)
Anjuran                     : Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Pahang
Tempat                       : Dataran Simpang Pelangai, Bentong
Tarikh                        : 23 & 24 November 2012
Masa                           : 8.00 pagi – 5.00 petang
Bilangan Peserta       : Penduduk DUN Pelangai
                       
Jadual Pergerakan    : Tiada

PENGENALAN

Program Merakyatkan Seni Budaya DUN Pelangai (MB @Pelangai) ini adalah bertujuan untuk menyuburkan aktiviti seni budaya tempatan yang melibatkan pelbagai rumpun dan etnik di DUN Pelanga. Program ini telah dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Diraja Hj. Adnan Hj. Yaakob pada 23 November 2012. 


ISI KANDUNGAN

Unit Penerangan telah membuka booth pameran di Dataran Simpang Pelangai lebih kurang jam 11.30 pagi. Kelewatan ini disebabkan oleh beberapa masalah teknikal yang terpaksa diselesaikan di Kolej.

Sepanjang pameran berlansung, terdapat ramai belia dan orang kampung singgah di booth Kolej Komuniti Bentong. Rata-ratanya berhenti untuk membaca flies dan brochure yang disediakan.

Dalam pada itu, Pegawai Penerangan mengambil kesempatan untuk memberikan serba sedikit penerangan berkenaan dengan Kolej Komuniti Bentong khususnya Sijil Modular Kebangsaan dan Kursus Pendek.


Dua hari program berlansung, terdapat 2 orang sahaja peserta yang berminat memberi nama untuk mengikuti Kursus Pendek. Selebihnya mengambil brochure dan borang kemasukan dibawa ke rumah.


KESIMPULAN

Keadaan masyarakat yang masih kurang meminati bidang ilmu menyukarkan lagi proses pembelajaran sepanjang hayat. Kerjasama bersama ahli politik, ketua parti, ketua belia dan ketua kampung setempat amat penting dalam rangka mendidik rakyat untuk mencintai ilmu pengetahuan dan ilmu kemahiran. Boleh jadi Kolej Komuniti Bentong perlu mengadakan wacana ilmiah berupa forum perdana di tempat-tempat strategi orang Melayu dan bukan melayu bagi menggiatkan lagi hebahan maklumat berkaitan perkhidmatan yang disediakan di Kolej Komuniti Bentong.




Ceramah Promosi di SMK Karak Setia



FORMAT LAPORAN AKTIVITI DWI-BULANAN
KOLEJ KOMUNITI BENTONG
BULAN OKTOBER
TAHUN 2012

Disediakan oleh:
Pegawai Penerangan

Tajuk                          : Ceramah Promosi di SMK Karak Setia
Anjuran                     : Unit Penerangan dan Unit Pengambilan
Tempat                       : SMK Karak Setia
Tarikh                        : 29 Oktober 2012
Masa                           : 10.00 pagi – 12.00 tengahari
Bilangan Peserta       : 22 orang pelajar tingkatan 5
                       
Jadual Pergerakan    : Tiada

PENGENALAN

Kolej Komuniti Bentong melalui Unit Pengambilan telah mengambil inisiatif bagi mempergiatkan aktiviti promosi dengan memohon untuk memberi ceramah promosi kepada pelajar tingkatan 5 SMK Karak Setia. Ini kerana SMK Karak Setia adalah sekolah biasa yang paling hampir lokasinya dengan Kolej Komuniti Bentong.


ISI KANDUNGAN

Pegawai Penerangan hadir tepat jam 9.30 pagi di SMK Karak Setia dan diiring oleh seorang guru pengiring menuju ke dewan ceramah (kelas). Sementara mengunggu pelajar masuk Pegawai Penerangan dijemput ke kantin oleh pihak sekolah untuk minum pagi.

Tepat jam 10.00 pagi, semua 22 orang pelajar tingkatan 5 masuk ke dewan ceramah. Pegawai Penerangan memperkenalkan diri dan memberi sedikit selingan motivasi lebih kurang 30 minit.

Dalam pada itu pelajar diedarkan beberapa helai brochure sebagai rujukan dan sehelai borang kemasukan.

Lebih kurang jam 10.30 pagi, ceramah promosi berkaitan Program Sijil Modular Kebangsaan dan Kursus Pendek berlansung sehingga jam 11.30 pagi. Selebihnya setengah jam diadakan sesi soal jawab bersama pelajar dan guru.

Terdapat soalan-soalan lazim ditanya oleh pelajar dan guru dan dijawab oleh Pegawai Penerangan dengan sebaik mungkin.

Setelah selesai sesi soal jawab, pelajar diminta untuk mengisi borang kemasukan dan memulangkan semula kepada Pegawai Penerangan untuk diberikan kepada Pegawai Pengambilan Kolej Komuniti Bentong.

Di kesempatan itu juga, Pegawai Penerangan merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak sekoalh kerana sudi memberi kerjasama dalam menjayakan ceramah promosi ini.


KESIMPULAN

Promosi kali ini amat memberangsangkan. Ia adalah hasil kerjasama yang baik dari Unit Pengambilan dan pihak sekolah dalam membantu kerja-kerja Unit Penerangan.


LAMPIRAN BERGAMBAR