Monday, 25 June 2012

Lawatan Perdana Menteri di Felda Triang 3

FORMAT LAPORAN AKTIVITI DWI-BULANAN
KOLEJ KOMUNITI BENTONG
BULAN MAC
TAHUN 2012

Disediakan oleh:
Pegawai Penerangan




Unit E-Tech Center yang diketuai oleh Puan Siti Mahani Shaik Ismail telah menjalinkan kerjasama dengan Unit Penerangan untuk menyertai program lawatan sehari YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Najib Tun Abd Razak ke Felda Triang, Bera bertempat di SMK Felda Triang 3 pada 31 Mac 2012 lalu.

Program lawatan rasmi ini diadakan selama satu hari iaitu bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Program ini juga dihadiri oleh pemimpin-pemimpin besar seperti YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Diraja Dr. Hj. Adnan Hj Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Dato' Sri Ismail Sabri, Ketua Penerangan UMNO, Dato' Ahmad Maslan, dan juga pemimpin-pemimpin atasan Felda Plantation Negeri Pahang Darul Makmur sebagai penganjur program.


Menjelang tengahari, pengunjung yang terdiri daripada ibu bapa ramai yang menyerbu booth Kolej Komuniti Bentong untuk mendapatkan beberapa maklumat berkaitan Kolej.

Dengan adanya E-Tech Center disini, ia telah menjadi satu daya penarik yang terbaik untuk menarik kanak-kanak dan golongan muda bertandang ke sini. Makanan yang dijual oleh E-Tech Center berupa coklat dan frozen food (karipap, donut) agak laris dijual.

Lebih kurang 10,000 pengunjung yang hadir ketika sesi puncak berlangsung setelah kedatangan YAB Perdana Menteri dan pemimpin-pemimpin kenamaan lain.

Tepat jam 5.00 petang, majlis bersurai.





Lawatan Sambil Belajar SMK Kuala Repas, Bentong



FORMAT LAPORAN AKTIVITI DWI-BULANAN
KOLEJ KOMUNITI BENTONG
BULAN JUN
TAHUN 2012

Disediakan oleh:
Pegawai Penerangan

Unit Penerangan telah diberi tanggungjawab dalam menguruskan lawatan para pelajar dari SMK Kuala Repas, Bentong yang bermula pada jam 9.00 pagi, bertarikh 20 jun 2012 lepas.

Seramai 40 orang pelajar pelbagai kaum menyertai lawatan ini diiringi oleh 2 orang guru pengiring,  iaitu guru kelasnya, En. Nik Mohd Khairul Anuar Nik Yaakub, dan seorang kaunselor, Pn. Mariah Yamim.

Matlamat lawatan kail ini adalah bertujuan untuk memastikan pelajar didedahkan dengan pelbagai maklumat berkaitan Kolej Komuniti. Disamping itu juga, pelajar juga dapat merasai sendiri suasana belajar di Kolej Komuniti Bentong.

Lawatan ini dimulakan dengan ceramah motivasi yang diadakan di Dewan Kuliah bertajuk, “Perubahan Paradigma” selama 1 jam. Pelajar diterangkan tentang aspek pembangunan diri, konsep-konsep Islam, dan sebagainya.

Setelah selesai sahaja ceramah motivasi, para pelajar diterangkan pula tentang perkhidmatan yang disediakan oleh Kolej Komuniti khususnya, dan Kolej Komuniti Bentong khasnya. Antara perkara yang diterangkan ialah berkenaan konsep Sijil Modular Kebangsaan, Sijil Kolej Komuniti, dan juga Kursus Pendek.

Sesi perangan selama 1 jam ini diselitkan juga dengan ucapan dan sesi soal jawab pelajar dan guru pengiring bersama Pegawai Pengambilan, En. Anas Harun.

Tamatnya sesi penerangan, pelajar-pelajar dan guru pengiring dibawa melawat ke bengkel-bengkel elektrik, bengkel-bengkel pembinaan dan makmal-makmal komputer. Penyelaras bengkel yang bertugas telah memberikan kerjasama yang sangat dalam menerangkan serba sedikit tentang hal-hal berkaitan dengan bengkel.

Buat kali pertama pelajar didedahkan dengan program Sijil Pengkeranian Akaun dan Sijil Pengoperasian Perniagaan secara praktikal di Bilik Kuliah tingkat 3 yang disampaikan oleh Cik Rosasmanizan Ahmad, Ketua Program Perakaunan Perniagaan.

Pihak Kolej Komuniti Bentong atas persetujuan dan kemurahan hati Pengarah, Pn. Norehan Silek, telah bersetuju untuk menyediakan jamuan makan tengahari kepada para pelawat.

Tepat jam 12.30 tenghari, sesi lawatan berakhir dan para pelawat pulang ke sekolah masing-masing. Pemandu yang bertugas pada kali ini ialah En. Mohamad Khairol Ahmad.

Pihak Kolej Komuniti Bentong mengucapkan tahniah dan terima kasih keatas guru-guru serta pengetua sekolah yang aktif dalam membantu pelajar mencari saluran demi masa depan pelajar itu sendiri.