Monday 22 August 2011

Program Ihya' Ramdhan Bersama Orang Asli di Kampung Pareh, Mempaga

UNIT PENERANGAN
KOLEJ KOMUNITI BENTONG
BULAN OGOS
TAHUN 2011

Disediakan oleh:
Pegawai Penerangan
Unit Penerangan
Kolej Komuniti Bentong



MEMPAGA - Kolej Komuniti Bentong dengan kerjasama Puspanita Daerah Bentong, Perkim Daerah Bentong, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Bentong, dan Puspanita Cawangan Kecil Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (Puspanita JPKK) telah mengadakan program Ihya' Ramadhan 2011 sempena meraikan Majlis Berbuka Puasa bersama masyarakat orang Asli di Kampung Pareh. Turut dijemput peserta program realiti Imam Muda Musim ke-2, Imam Muda Taufek atau nama sebenarnya Mohd Taufek Bin Mohd Noh yang didatangkan khas dari Kajang, Selangor.

Objektif program ini ialah bagi melahirkan ikatan kerjasama di antara pihak penganjur iaitu Kolej Komuniti Bentong, Puspanita Daerah Bentong, Perkim Daerah Bentong, JAKOA Bentong, dan Puspanita JPKK.

Dalam pada itu ia juga bertujuan untuk mengeratkan ukhwah di antara pihak penganjur dengan komuniti orang asli, memberi peluang kepada pelajar Kolej Komuniti Bentong untuk beramah mesra dengan komuniti orang Asli, seterusnya menikmati keberkatan dan kemuliaan bulan Ramadhan al-Mbarak melalui aktiviti berbuka puasa.

Program dimulakan dengan aktiviti Ziarah Ramadhan dari rumah ke rumah orang Asli di sekitar Kampung Pareh bertujuan untuk mengajak masyarakat orang Asli supaya menyertai program berbuka puasa ini sebagai tetamu jemputan.

Kemudian majlis seterusnya diteruskan dengan memperdengarkan Bacaan Doa dan Slot Tazkirah yang akan disampaikan oleh Imam Muda Taufek.

Berdasarkan ucapan alu-aluan Imam Taufek, beliau berasa amat bersyukur kerana dapat juga hadir ke Kampung Pareh ini walaupun jadual padat dan akan cuba merealisasikan permintaan sesiapa sahaja yang memerlukan khidmatnya.

"Alhamdulillah, bersyukur sangat saya kepada Allah, walaupun jadual saya agak padat, saya amat terharu kerana dijemput untuk hadir ke majlis berbuka puasa di Kampugn Pareh ini yang dianjurkan oleh Kolej Komuniti Bentong dengan kerjasama beberapa pihak lain, dan saya akan cuba menunaikan undangan pihak penganjur atau sesiapa sahaja yang menjemput saya demi mengikuti program yang penuh bermakna ini", tegas Taufek.

Katanya umat Islam perlu berpuasa dan merasai nikmat puasa moga-moga puasa kali ini tidak menjadi sia-sia.


Program Ihya' Ramadhan ini dirasmikan oleh Pengarah Kolej Komuniti Bentong, Zaidi Zakaria. Beliau walaubagaimana pun berkata, "Penganjuran program ini adalah sangat baik selari dengan tuntutan Islam yang menggalakkan amalan berbuka puasa secara berjemaah".

Zaidi juga menegaskan bahawa program  berbuka puasa kali ini boleh dijadikan platform untuk mengeratkan ikatan persaudaraan dengan masyarakat orang Asli dan memberi peluang kepada pelajar-pelajar Kolej Komuniti Bentong yang hadir untuk beramah-mesra dengan masyarakat orang Asli.

"Saya turut melihat program ini sebagai satu platform untuk mengeratkan ikatan ukhwah dengan komuniti orang Asli disamping memberi peluang kepada pelajar Kolej Komuniti Bentong untuk saling beramah-mesra dengan mereka".

"Objektif kita tidak akan tercapai sekiranya orang Asli yang hadir tidak ramai. Jika kehadiran ramai, program Ihya' Ramadhan ini boleh menjadi program tahunan untuk tahun-tahun yang akan datang", tambah Zaidi lagi.

"Gabungan antara Agensi-agensi Kerajaan dan Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) dapat memberi impak yang lebih besar kepada masyarakat orang Asli khususnya dalam merangka program yang melibatkan bajet yang besar. Dalam masa yang sama, Kolej Komuniti Bentong mengambil peluang ini untuk memperkenalkan Program Latihan 1 Malaysia dan Sijil Modular Kebangsaan (SMK) kepada masyarkat yang hadir", tegas Zaidi.
 
Selepas acara perasmian, majlis penyerahan Sijil Kolaborasi Strategik Program Latihan 1 Malaysia antara pihak penganjur disampaikan bagi mengukuhkan lagi kerjasama strategik antara semua pihak yang terlibat.


Pada sebelah malamnya diadakan program penyampaian Hamper dan sumbangan Duit Raya kepada anak-anak orang Asli dan ibu bapa orang Asli yang hadir sejurus sahaja selepas majlis berbuka puasa.

Hamper ini adalah sumbangan dari Kolej Komuniti Bentong, manakala Duit Raya pula adalah sumbangan ikhlas dari pihak Perkim Daerah Bentong.


Seterusnya peserta yang hadir bersolat terawih secara berjemaah yang diimamkan oleh Imam Muda Taufek.

Turut berterawih sama pengarah Kolej Komuniti Bentong, pegawai-pegawai kanan Kolej Komuniti Bentong, ahli-ahli Perkim dan Puspanita, dua orang pegawai dari Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Pahang dan juga JAKIM dan pelajar Kolej Komuniti Bentong disamping orang Asli.


Janiri Bin Hj Sainan, Pengerusi Perkim Daearh Bentong ketika dihubungi berkata, "Perkim Cawangan Daerah Bentong sentiasa mengambil berat tentang kebajikan saudara-saudara baru selari dengan objektif penubuhan Perkim. Dengan adanya program yang sebegini adalah diharapkan agar kebajikan saudara-saudara baru terbela dan sekaligus mereka akan meraskan bahawa hubungan antara mereka dan orang Islam yang lain adalah bersaudara".

"Adalah diharapkan penglibatan pihak Kolej Komuniti Bentong dalam mengadakan program yang sebegini atau selainnya dapat diteruskan demi kemajuan saudara-saudara baru di Daerah Bentong. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Semoga apa yang telah dilaksanakan ini memperolehi keberkatan dari Allah SWT".

Pengarah Program Ihya' Ramadhan kali ini, Siti Aishah Binti Suhairi mengucapkan ribuan terima kasih kepada AJK yang terlibat dalam menjayakan program ini.

"Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih tak terhingga terutamanya kepad En. Janiri Bin Hj. Sainan (Pengerusi Perkim Bentong), En. Abdul Halim Bin Hj. Abdullah (JAKOA Bentong), Datin Munirah Binti Ismail (Pengerusi Puspanita Bentong), Pn Khairuzilah Binti Khalil (Puspanita JPKK), Pn. Noraina Binti Abdul Rahman (Pengerusi Puspanita Kolej Komuniti Bentong), Pn. Hajh. Janiar Binti Jaudin, En. Sayujan Bin Abdul Majid (Penyelia Masjid Bentong) dan semua pihak yang terlibat".

Program Ihya' Ramadhan 2011 kali ini mendapat respon yang positif dari masyarakat orang Asli kerana melibatkan anak-anak muda orang Asli berbuka bersama-sama. Mereka berharap semoga program seperti ini diadakan lagi.

"Nanti buat lagilah program macam ni...saya suka tengok anak-anak muda orang Asli berbuka bersama-sama disini. Harap agensi-agensi lain pun buat jugalah", kata salah seorang warga emas orang Asli yang dikenali sebagai Pak Din, 73.

Dianggarkan seramai 127 orang tetamu yang hadir termasuk Ahli Jawatankuasa program, pelajar Kolej Komuniti Bentong dan semua penduduk Kampung Pareh yang beragama Islam.

Orang Asli yang dijemput hadir ke program ini terdiri daripada orang Asli Kampung Ulu Pareh, Kampung Aji Kubu, Kampung Cinta Manis dan Kampung Sungai Dua Hulu.


Gambar sekitar aktivit:

Suasana sebelum program dimulakan


Pelajar di barisan hadapan dan orang Asli di barisan belakang sedang khusyuk mendengar tazkirah dari Imam Muda Taufek
Anak-anak orang Asli sedang berkumpul bawah khemah program
Imam Muda Taufek sedang menyampaikan tazkira sebelum berbuka
Pengarah Kolej Komuniti Bentong, En. Zaidi Bin Zakaria (3 dari kanan) sedang mengunggu acara penyampaian Hamper dan Duit Raya. Turut kelihatan Imam Muda Taufek (3 dari kiri)

Anak-anak orang Asli menerima sumbangan dari Pengerusi Puspanita Daerah Bentong

Warga Emas orang Asli menerima sumbangan yang disampaikan oleh Pengarah Kolej Komuniti Bentong

Orang Muda juga mendapat sumbangan

En. Halim Abd Halim Bin Abdullah, Pegawai JAKOA (kanan sekali) turut menyampaikan sumbangan

Mak Cik pun dapat juga... :)

Pelajar Kolej Komuniti Bentong yang sempat merakam gambar bersama Imam Muda Taufek

Dari kiri: Ustaz Ahmad Saiful Abd Manaf, Imam Muda Taufek, En. Anas Harun dan En. Shahril Ishak sempat bergambar













Promosi ke Bazaar Ramadhan (Pasar Malam) Lanchang

UNIT PENERANGAN
KOLEJ KOMUNITI BENTONG
BULAN OGOS
TAHUN 2011

Disediakan oleh:
Pegawai Penerangan
Unit Penerangan
Kolej Komuniti Bentong


Tajuk              : Promosi ke Bazaar Ramadhan (Pasar Malam) Lanchang
Anjuran          : Kolej Komuniti Bentong
Tempat           : Bazaar Ramadhan (Pasar Malam) Lanchang, Temerloh
Tarikh             : 19 Ogos 2011
Masa              : 5.30 petang - 6.30 petang


Pengenalan

Promosi ke Bazaar Ramadhan adalah satu rangka mempromosikan Kolej Komuniti Bentong kepada orang ramai yang terdiri daripada masyarakat setempat dan pengunjung-pengunjung dari kawasan-kawasan berdekatan.  Promosi ini adalah penting bagi menyebarkan maklumat dan pengetahuan penting mengenai Kolej Komuniti Bentong seterusnya menarik lebih ramai peserta Sijil Modular Kebangsaan dan Program Latihan 1 Malaysia bagi yang berminat.

Isi Kandungan:

Tepat jam 6.00 petang, Pegawai Penerangan hadir di kawasan Bazaar Ramadhan. Sedikit gambar sekitar sempat dirakam. Kelihatan ramai pengunjung yang hadir memenuhi Bazaar petang ini.

Promosi seterusnya dilakukan dengan menyebarkan flies dan borchure Kolej Komuniti Bentong kepada orang ramai khususnya kepada para peniaga dan pengunjung-pengunjung.

Rata-rata pengunjung adalah dari kawasan Felda Bukit Damar, Felda Lakum, perkampungan sekitar Lanchang, penduduk sekitar Karak, dan banyak lagi.

Pengunjung dan peniaga terdiri daripada pelbagai bangsa iaitu Melayu, Cina dan India. Ada juga dari kalangan mereka aktif berniaga.


Pegawai Penerangan sempat melakukan beberapa kali pusingan Bazaar bagi memastikan setiap pengunjung memperoleh juga 2 helai flies mengenai Sijil Modular Kebangsaan dan Program Latihan 1 Malaysia walaupun kadang-kala tidak sempat diberikan penerangan.

Jam 6.30 petang, aktiviti promosi berakhir.




Kesimpulan

Berdasarkan pertanyaan rambang, peniaga-peniaga di Bazaar Ramadhan Lanchang (Pasar Malam) ada yang pernah hadir kursus pendek di Kolej Komuniti Temerloh, Mentakab. Cuma tidak dapat dipastikan apakah ia Program Latihan 1 Malaysia atau bukan. Kawasan ini tidak sesuai untuk mempromosikan Kolej Komuniti Bentong kerana ia adalah dibawah kawasan Temerloh yang dipertanggungjawabkan keatas Kolej Komuniti Temerloh. Walaubagaimana pun sebagai makluman, pendedahan tentang kewujudan Kolej Komuniti Bentong dan program-program yang ditawarkan khususnya program Sijil Modular Kebangsaan paling kurang diketahui oleh khalayak sekitar Lanchang dan kawasan Felda berdekatan.


 
Gambar sekitar aktivit:

Tiada laporan bergambar.


Friday 12 August 2011

Promosi ke Bazaar Ramadhan Kg. Jambu Rias

UNIT PENERANGAN
KOLEJ KOMUNITI BENTONG
BULAN OGOS
TAHUN 2011

Disediakan oleh:
Pegawai Penerangan
Unit Penerangan
Kolej Komuniti Bentong


Tajuk              : Promosi ke Bazaar Ramadhan Kg. Jambu Rias
Anjuran          : Kolej Komuniti Bentong
Tempat           : Bazaar Ramadhan Kg. Jambu Rias, Karak
Tarikh             : 11 Ogos 2011
Masa              : 6.00 petang - 6.45 petang


Pengenalan

Promosi ke Bazaar Ramadhan adalah satu rangka mempromosikan Kolej Komuniti Bentong kepada orang ramai yang terdiri daripada masyarakat setempat dan pengunjung-pengunjung dari kawasan-kawasan berdekatan.  Promosi ini adalah penting bagi menyebarkan maklumat dan pengetahuan penting mengenai Kolej Komuniti Bentong seterusnya menarik lebih ramai peserta Sijil Modular Kebangsaan dan Program Latihan 1 Malaysia bagi yang berminat.

Isi Kandungan:

Tepat jam 6.00 petang, Pegawai Penerangan hadir di kawasan Bazaar Ramadhan. Sedikit gambar sekitar sempat dirakam. Kelihatan ramai pengunjung yang hadir memenuhi Bazaar petang ini.

Promosi seterusnya dilakukan dengan menyebarkan flies dan borchure Kolej Komuniti Bentong kepada orang ramai khususnya kepada para peniaga dan pengunjung-pengunjung.

Rata-rata pengunjung adalah dari kawasan Karak sendiri, termasuk pengunjung dari Kampung Batu 3 Karak Setia, Kampung Karak Setia, Kampung Batu 4 Karak, Kampung Jambu Rias, Kampung Lengkong, dan Kampung Paya Pelantar.

Setakat ini tiada pengunjung cina mahupun india.


Pegawai Penerangan sempat melakukan beberapa kali pusingan Bazaar bagi memastikan setiap pengunjung memperoleh juga 2 helai flies mengenai Sijil Modular Kebangsaan dan Program Latihan 1 Malaysia walaupun kadang-kala tidak sempat diberikan penerangan.

Jam 6.45 petang, aktiviti promosi berakhir.




Kesimpulan

Bazaar Ramadhan Kg. Jambu Rias sangat kurang pengunjung. Namun yang demikian, aktiviti promosi berjalan dengan lancar. Dikhuatiri peniaga yang berminat untuk belajar Kursus Latihan 1 Malaysia tidak dapat memasarkan kemahirannya kerana orang ramai tidak membeli barangannya kerana kuasa beli yang kecil. Justeru, orang ramai perlu bijak memilih kursus yang sekurang-kurangnya boleh mendatangkan kebaikan kepada diri sendiri mahupun keluarga walaupun dengan belajar ilmu komputer sampai celik IT.


 
Gambar sekitar aktivit:

(Klik imej untuk besarkan)



Thursday 11 August 2011

Promosi ke Kampung-kampung

UNIT PENERANGAN
KOLEJ KOMUNITI BENTONG
BULAN JULAI
TAHUN 2011

Disediakan oleh:
Pegawai Penerangan
Unit Penerangan
Kolej Komuniti Bentong


Tajuk              : Promosi ke Kampung-kampung
Anjuran          : Kolej Komuniti Bentong
Tempat           : Kg. Sempadan, Kg. Kuala Kaung, Kg. Jambu Rias dan Kg. Lengkong
Tarikh             : 10 Ogos 2011
Masa              : 5.30 petang - 7.00 petang


Pengenalan

Promosi ke kampung-kampung adalah bertujuan untuk memastikan orang-orang kampung sekitar Karak lebih maklum tentang Kolej Komuniti Bentong berbanding tempat-tempat lain yang jauh dari pekan Karak apatah lagi jauh ke bandar Bentong. Promosi ini memfokus ke kawasan masjid kampung berdekatan, surau dan orang ramai.

Isi Kandungan:

Tepat jam 5.30 petang, Pegawai Penerangan bergerak ke Kampung Jambu Rias, Karak. Disini fokus utama promosi ialah di kawasan Masjid Kg. Jambu Rias.

Terdapat beberapa orang jemaah masjid yang terdiri daripada orang-orang kampung Kg. Jambu Rias sedang bertungkus-lumus menyiapkan juadah berbuka puasa. Brochures dan flies sempat diberikan kepada wakil Masjid disini. Sedikit penerangan disampaikan terutamanya berkenaan Program Latihan 1 Malaysia.

Setelah selesai di Masjid Kg. Jambu Rias, promosi diteruskan lagi ke Kg. Sempadan (Karak-Lanchang). Pegawai Penerangan sempat berhenti di kedai orang kampung. Didapati beliau juga pernah menyertai Kursus Pengurusan Jenazah di Kolej Komuniti Bentong, penyelarasnya ialah Ustaz Anuar Bin Ralib (sekarang: Pengarah Kolej Komuniti Cawangan Lipis).

Sedikit brochures dan flies diletakkan di kedai beliau untuk diminta diagih-agihkan kepada pembeli yang datang. Ucapan terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada beliau kerana kesudiannya turut mempromosikan Kolej Komuniti Bentong kepada masyarakat Kg. Sempadan.

Masjid Kg. Sempadan juga tidak ketinggalan untuk ditinggalkan sedikit brochures dan flies. Walaupun kelihatan tiada penghuni, besar harapan Pegawai Penerangan supaya jemaah yang hadir dapat memanfaatkan maklumat tersebut untuk kebaikan penduduk Kg. Sempadan.

Pepatah pernah mengatakan, "Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan". Pegawai Penerangan meneruskan perjalanan ke Kg. Kuala Kaung, Lanchang, Temerloh, tidak jauh dari Karak, lebih kurang 8 km dari Kolej Komuniti Bentong. Disini juga sasarannya ialah Masjid Kuala Kaung.

Disini kelihatan seorang jemaah masjid yang boleh dikategorikan sebagai "warga emas". Setelah mendapat keizinannya untuk meletakkan maklumat berkaitan Kolej Komuniti Bentong di Masjid ini, sedikit penerangan sempat diberikan kepada beliau dan kelihatan beliau sangat berminat dengan kursus-kursus yang ditawarkan.

Setelah selesai di Masjid Kg. Kuala Kaung, perjalanan menyusur balik dan sempat singgah di Kg. Lengkong, Karak. Disini kelihatan Tok Empat (Ketua Kampung) Kg. Lengkong yang dikenali sebagai "Pak Ya" sedang mengecat sesuatu.

Pegawai Penerangan mendapat keizinan dari Pak Ya untuk masuk ke dalam Surau berdekatan dan sedikit brochures dan flies diletakkan didalam surau untuk makluman jemaah masjid atau orang kampung yang hadir.

Jam hampir 7.00 petang, aktiviti promosi ke kampung-kampung pun berakhir.



Kesimpulan:


Aktiviti kepada orang ramai amat sukar dilakukan kerana terlalu banyak penerangan yang perlu dilakukan. Jika dilakukan aktiviti dari rumah ke rumah kelihatan agak tidak praktikal. Maka jalan penyelesaiannya ialah dengan meletakkan brochures dan flies di tempat-tempat strategik yang boleh dicapai oleh orang ramai. Seterusnya bagi melancarkan lagi penyebarang maklumat ini pihak Unit Penerangan perlu berkolaborasi dengan posmen supaya setiap penduduk kampung atau setiap rumah sekurang-kurangnya mendapat satu maklumat berkaitan Kolej Komuniti Bentong.
Gambar sekitar aktivit:

(Klik imej untuk besarkan)








 










Pertemuan dengan JHEOA Bentong

UNIT PENERANGAN
KOLEJ KOMUNITI BENTONG
BULAN JULAI
TAHUN 2011

Disediakan oleh:
Pegawai Penerangan
Unit Penerangan
Kolej Komuniti Bentong


Tajuk              : Pertemuan dengan JHEOA Bentong
Anjuran          : Kolej Komuniti Bentong
Tempat           : Pejabat JHEOA Bentong,Bentong
Tarikh             : 13 Julai 2011
Masa              : 2.30 petang - 3.30 petang


Pengenalan

Pertemuan dengan Agensi-agensi strategik kerajaan seperti Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) atau kini dikenali sebagai JAKOA (Jabatan Kemajuan Orang Asli), adalah penting dalam rangka memdapatkan seberapa ramai peserta dari kalangan orang asli. Rata-ratanya orang asli tidak mengetahui kewujudan Kolej Komuniti Bentong dan peluang ini perlu diambil bagi merapatkan hubungan antara Kolej Komuniti Bentong dan pihak pengurusan hal ehwal orang asli.

Isi Kandungan:

Tepat jam 2.30 petang, Pegawai Penerangan sampai di premis JHEOA Bentong dan bertemu dengan En. Hamdan Yaakob yang merupakan Pegawai Kanan JHEOA Bentong.

Walaupun dalam kesibukan, En. Hamdan Yaakob sempat meluangkan sedikit masa untuk mendengar serba sedikit tentang program yang ditawarkan di Kolej Komuniti Bentong khususnya program Sijil Modular Kebangsaan dan Program Latihan 1 Malaysia.

Sedikti soal jawab disertai oleh pembantu beliau, juga seorang dari kalangan Orang Asli. Suasana agak memberangkan kerana mendapat respon yang baik dari pihak JHEOA Bentong.

Dalam sesi perbincangan ini, En. Hamdan Yaakob bersetuju untuk berkolaborasi dengan pihak Kolej Komuniti Bentong untuk menganjurkan aktiviti atau program kursus jangka pendek di kawasan perumahan orang Asli sekitar Bentong.

Atas permintaan itu Pegawai Penerangan akan memanjangkan hal tersebut kepada Unit Pengajian Sepanjang Hayat, Kolej Komuniti Bentong atau dalam mesyuarat pengurusan Kolej.

Walaubagaimana pun, En. Hamdan Yaakob berkata beliau akan menghubungi pihak Kolej Komuniti Bentong setelah mereka bersedia.

En. Hamdan Yaakob sangat mengalu-alukan sebarang program yang melibatkan kepentingan orang Asli dan pihak JHEOA. Beliau juga turut berkata wang pendaftaran kursus pendek program Latihan 1 Malaysia tidak menjadi masalah bagi pihaknya dan juga pihak orang Asli.

Jam 3.30 petang, pertemuan pun berakhir.

 
Gambar sekitar aktivit:

(Klik imej untuk besarkan)